Pembungkus hanya pembungkus betul? Produk yang paling penting dalam perniagaan.
Jika anda sebagai peniaga berpikiran seperti di atas, mungkin agak susah untuk anda menjual produk anda. Hal ini kerana pembungkusan produk memainkan peranan yang penting dalam pemilihan pelanggan lebih dari yang anda bayangkan.
Pembungkus produk mencerminkan pelbagai perkara, dari segi kebaikan kepada pelanggan kepada nilai sesebuah syarikat. Sesetengah orang berpendapat bahawa pembungkus produk itu sama penting dengan produk. Hal ini kerana ia memainkan peranan yang penting dalam pemasaran dan mencerminkan produk itu sendiri. Anda boleh mempertimbangkan 4 faktor ini untuk mula membuat pembungkus produk anda.
1.Pembungkus produk akan membezakan produk anda dari produk yang lain.
Pada masa kini, terdapat pelbagai produk di pasaran yang mensasarkan pelanggan anda. Berdasarkan kajian, 1 per 3 pelanggan akan membeli berdasarkan pembungkus produk. Pembungkus produk anda harus menyerlah bagi menandingi pesaing. Sebagai contoh adalah tudung duck. Dimana packaging tudung duck bersama-sama tudung itu menjadi kegilaan peminat tudung duck.
2. Warna pembungkus produk anda memainakan peranan yang penting dalam menentukan pelanggan anda
Warna yang anda pilih bagi pembungkusan dan produk anda memainkan peranan penting dalam pembelian pelanggan. Anda pasti perasan bahawa jika produk itu untuk lelaki, pembungkusan produk lebih kepada hitam , atau warna-warna yang gelap. Hal ini kerana pemikiran kira akan bertindak balas berdasarkan warna. Dengan sebab itu, pemilihan warna pembungkus produk sangat penting. Sebagai contoh, pembungkus produk berwarna putih melambangkan kesederhanaan, keselematan dan kebersihan.
Tahukah anda, pembungkus warna biru paling digemari seluruh dunia. Tetapi tidak semestinya pembungkus produk anda sepatotnya berwarna biru. Seperti EasyParcel flyers di mana berwarna merah jambu. Hal ini kerana merah jambu melambangkan wanita kerana kebanyakkan peniaga atas talian adalah wanita.
3.Pembungkus mencipta pengiktirafan jenama
Cuba ambil masa sebentar dan mengingati produk kegemaran anda. Mereka mempunyai satu persamaan yang sama iaitu senang diingati. Berdekad jenama seperti Coke hanya melakukan perubahan yang sedikit dan kekalkan stail dan rupa asli produk tersebut. Kebanyakkan jenama yang sudah lama di pasaran tidak akan menukar banyak rupa asli produk tersebut kerana selepas mereka cuba menukar akan mengurangkan pelanggan untuk membeli produk mereka.
4.Pembungkus produk adalah alat pemasaran anda
Pembungkus produk anda akan membantu dalam pemasaran di dalam stor dan pemasaran atas talian juga. Di sini sangat penting untuk produk anda mempunyai Identiti seperti warna, font dan lain-lain. Pelanggan dan pengguna anda akan mengetahui dan mengingati produk anda sejurus sahaja melihatnya.
Dengan mempunyai pembungkus yang cantik, anda akan menerima pemasaran secara percuma dari pelanggan anda. Dimana pelanggan anda akan memuat naik gambar pembungkus anda di media
Pembungkus memainkan peranan yang penting dalam perniagaan kerana pembungkus merupaka gambaran kepada perniagaan anda. Mungkin anda boleh mula merancang untuk membuat bungkusan anda. Semakin unik bungkusan anda, semakin senang menarik perhatian pelanggan.