6 Alat Pemasaran Yang Harus Anda Cuba

6 Alat Pemasaran Yang Harus Anda Cuba

Kandungan pemasaran adalah pendekatan pemasaran strategik di mana memfokuskan dalam mencipta dan menyebarkan kandungan yang bernilai, releven dan konsisten untuk menarik dan mengekalkan khalayak yang jelas – akhirnya, untuk mendorong keuntungan dari pelanggan –Institusi Kandungan Pemasaran

Untuk anda sampaikan kandungan yang relevan, konsisten dan bernilai, anda harus mulakan dengan mencari ilham, mengkaji, merancang dan menulis idea. Anda harus merancang jenis kandungan yang kita mahukan untuk sampai ke khalayak sasaran anda. Selepas anda membuat langkah-langkah di atas, anda boleh mula menulis draf.

Selepas anda menyiapkan draf, anda boleh teruskan dengan mencipta visual untuk menghidupkan lagi kandungan anda. Anda mungkin tertanya, kenapa visual? Tahukah anda, otak kita memproses visual 60,000 kali ganda cepat dari teks. Menggambarkan kandungan anda membantu khalayak untuk memahami dan berhubung dengan produk anda lebih lama. Jadi, pastikan selepas anda membuat kandungan visual, post atas talian ya? Kerana ini membantu anda untuk dapatkan lebih banyak khalayak tahu tentang produk atau servis anda.

langkah akhir adalah anda harus pastikan untuk sebarkan promosi anda di semua platform social media. Jom saya kongsi 6 alat pemasaran yang anda harus cuba untuk memulakan kerjaya sebagai pemasaran kandungan.

Merancang dan Mengarang

1. Evernote
Applikasi ini boleh simpan, selaraskan dan kongsi segalanya. Evernote membenarkan anda untuk simpan semua idea, gambar dari laman web atau rencana dan auto selaraskan data yang disimpan ke semua alat elektronik anda termasuklah komputer, tablet dan telefon pintar. Ini bakal membantu anda utuk menyimpan idea anda dan gunakan semasa mengarang konten. Anda juga boleh susun kategorikan mengikut kata kunci.

2SEMrush 

Halaman untuk selidik kata kunci dan membenarkan anda untuk mencari 10 kata kunci setiap hari. Anda boleh jejak kata kunci untuk analisis kadar dicari dari lokasi. Keputusan yang ditunjukkan juga memberi anda informasi tentang kepelbagaian kata kunci , berkaitan pertanyaan, dan kata kunci yang dicari dan kadar carian. Informasi ini berguna untuk anda pastikan kandungan anda selari dengan niche atau pencarian di Internet.

3. Google Trends

Analisis pencarian paling popular oleh pengguna Google Search di serata lokasi dan bahasa.  Laman web ini akan menunjukkan graf untuk perbandingan pencarian pengguna dari masa ke masa. Lebih tepat, anda boleh lihat topik dan pencarian topik popular di kalangan pengguna dan juga membenarkan anda melihat data berapa kerap pengguna mencari dalam tempoh yang tertentu. Ini sekaligus dapat membantu anda menganalisis secara tepat.

4. Hemingway App

Applikasi ini membantu anda menulis secara tepat dan jelas. Lebih kurang seperti semakan ejaan tetapi lebih kepada cara penulisan. Ia memastikan pembaca akan fokus kepada mesej yang anda sampaikan. Apabila anda memasukkan kandungan anda untuk semakan, ia akan warnakan kandungan anda yang memerlukan perubahan dan terangkan maksud warna di sebelah kiri laman web. Applikasi ini akan gredkan penulisan anda dan memberitahu berapa lama masa dihabiskan untuk membaca penulisan anda.

Mencipta dan Menyiarkan

5. Canva

Platform mereka grafik yang membenarkan anda mencipta gambaran kandungan yang profesional dengan mudah dengan penggunaan tarik dan masukkan ke dalam kanvas anda. Dengan versi percuma, anda boleh mencipta grafik yang cantik dengan lebih dari 250 ribu template, 100+ jenis rekaan, ribuan gambar, font dan grafik yang anda b0leh pilih. Bukan itu sahaja, anda juga dapat simpanan 5GB supaya anda boleh akses rekaan anda di mana-mana platform , bila-bila masa.

6. Wix

Platform lain menggunakan tarik dan masukkan ciri yang anda nak untuk membina laman profesional dengan mudah. Anda juga boleh memilih untuk untuk mencipta laman web anda dari mula atau pilih templete percuma sedia ada. Anda juga boleh melihat laporan analisis pretasi laman web anda.

Harap alatan pemasaran ini dapat membantu anda dalam mengarang kandungan , mereka grafik dan menyiarkannya. Pemasaran yang konsisten pasti bakal membuahkan hasil. Sabar dan nikmati proses membinanya.

Haven’t Join EasyParcel?

Shipping newbie? No worries! EasyParcel welcomes you with a sweet FREE RM10 for your first shipment. And that’s just the beginning! Sign up today and join the fun!

×
10.10 Super Rewards Fiesta