6 Laman Web Percuma Bagi Penyuntingan Video

6 Laman Web Percuma Bagi Penyuntingan Video

Anda sedia tahu bahawa YouTube merupakan satu platform yang penting untuk anda mencari maklumat dan tutorial. Ada juga menggunakan YouTube sebagai hiburan dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga aplikasi Snapchat dan TikTok. Seperti yang anda sedia tahu bahawa video digunakan secara meluas dalam bidang pemasaran.

Menyunting video bukan lagi terhad kepada pakar sahaja. Pada masa kini terdapat pelbagai cara untuk anda menyunting video. Memuat naik video yang berkualiti juga amat penting untuk supaya anda dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan menjaga imej produk anda. 

Jom kenali laman web percuma untuk menyuting video!

Clipchamp mempunyai pelbagai feature yang anda perlukan untuk menyunting video. Terdapat video penyutingan secara percuma,  converter dan rakaman kamera web. User interface laman web isi sangat mudah dan menawarkan penyuntingan asas seperti  trimming, cutting, speed control, titleblocks, filters dan lebih lagi. Hanya perlu masukkan video dan mula untuk menyunting.

WeVideo merupakan penyuntingan percuma yang akan membuat kerja anda mudah dengan menangkap,mencipta atau menghasilkan video dengan kualiti sehingga 4k resolusi. Anda boleh melayari menggunakan Mac atau browser komputer PC, Chromebook, iOS dan peranti Android.  Mereka menawarkan penyimpanan cloud agar apabila anda memulakan projek, anda tidak risau jika projek tersebut hilang. Anda juga boleh menyunting bersama rakan sekerja jika anda membeli pelan perniagaan. 

Apabila anda memasuki laman web Online Video Cutter, perjalanan anda telah bermula. Laman web ini tidaklah mempunyai design yang hebat, tetapi anda boleh dapatkan penyuntingan asas seperti cut, trim, crop dan rotate video anda dan muat turun dalam pelbagai format. 

Sama seperti namanya, Magisto boleh memberi magis kepada video dan gambar anda. Dengan Magisto anda boleh mengubah video dan gambar anda kepada sesuatu yang menarik. Hanya dalam beberapa minit video anda akan siap dan sedia untuk dikongsikan. Jika anda seorang pemasaran , Magisto dapat membantu anda mencipata video dan produk video yang berkesan. Ia juga bekerjasama dengan iStock yang menawarkan pelbagai video klip pro dan  gambar.

Wave.video dari Animatron adalah penyuntingan video online percuma dengan pelbagai features yang diperlukan bagi mencipta video yang menarik bagi media sosial seperti YouTube, Instagram, Facebook dan lain lain. Dengan Wave Online video Editor, anda boleh trim klip, tambah text di dalam video, cerahkan atau gelapkan video, gabungkan dan pelbagai lagi.

Sekarang anda sudah boleh menyunting video seperti seorang pro. Anda boleh hasilkan video yang berkualiti tinggi tanpa perlu penyuntingan yang profesional. Video yang berkualiti akan menarik lebih tinggi perhatian.Justeru akan menaikkan jualan dan kesedaran tentang produk dan jenama anda. 

Haven’t Join EasyParcel?

Shipping newbie? No worries! EasyParcel welcomes you with a sweet FREE RM10 for your first shipment. And that’s just the beginning! Sign up today and join the fun!

×
10.10 Super Rewards Fiesta