5 Rahsia Disebalik Status “Tracking”

5 Rahsia Disebalik Status “Tracking”

[MY]_1200x628-Blog_Banner-01

Masih ramai orang diluar sana yang masih keliru dengan status parcel, kerana status parcel menunjukkan status yang berbeza dari semasa ke semasa. Jadi kami dari EasyParcel hari ini berbesar hati untuk berkongsi sedikit tips yang mungkin mampu mengubah persepsi mereka tentang status parcel mereka, jom baca di bawah.

Contents

Tips 1: 5 Maksud Tracking Status Pada Penghantar

  • Schedule in Arrangement
    • Ini adalah status pertama yang peniaga yang menggunakan EasyParcel akan lihat apabila mereka sudah selesai membuat tempahan melalui EasyParcel dan juga nombor tracking sudah dijana. Status ini juga bermaksud, kurier yang anda pilih juga telah menerima makluman bahawa parcel anda perlu dibuat pengutipan dari pihak mereka. Jadi anda tidak perlu risau tentang status ini. Ini kerana rakan kongsi kurier kami akan membuat pengutipan di tempat anda. Selalunya status ini anda akan lihat apabila anda memilih kurier Pgeon.
  • Pending For Collection
    • Pending For Collection adalah status yang sama seperi Schedule In Arrangement. Pending For Collection bermaksud tempahan anda telah diterima oleh sistem EasyParcel dan kurier pilihan anda telah pun menerima makluman dari pihak kami bahawa ada pengutipan dari pihak mereka di tempat anda. Jadi anda tidak perlu risau jika terdapat 2 status parcel yang berbeza tetapi maksudnya adalah sama. Status ini anda akan lihat apabila anda memilih kurier Poslaju dari laman web EasyParcel.
  • Pending Drop-Off
    • Status ini bermaksud anda telah memilih pilihan Drop-Off semasa anda membuat tempahan kurier, jadi jika anda melihat status ini, ia memerlukan anda untuk Drop-Off di mana-mana cawangan kurier yang anda telah pilih.
  • Delivering In Transit
    • Delivering In Transit bermaksud parcel tersebut telah dibuat pengutipan oleh kurier dan kurier masih memproses untuk membuat penghantaran kepada pelanggan anda. Jadi anda tidak perlu risau, selagi parcel tersebut masih menunjukkan status tersebut, parcel tersebut masih berada bersama kurier tersebut dan sedang dihantar kepada pelanggan anda.
  • Successfully Delivered
    • Ini adalah status yang akan membuatkan setiap peniaga gembira apabila melihatnya, mereka tidak perlu risau kerana status ini menunjukkan bahawa parcel tersebut telah sampai ke tangan pelanggan mereka.

Tips 2: 5 Maksud Tracking Status Pada Penerima

  • Parcel Has Been Collected
    • Jika anda sebagai pelanggan lihat status ini, status ini bermaksud parcel anda telah diambil oleh pihak kurier untuk dibuat penghantaran kepada anda. Dan ia akan mengambil masa 2-3 hari waktu berkerja untuk proses yang seterusnya.
  • Checked in Into (nama hub) Hub
    • Status ini bermaksud parcel anda telah sampai di hub kurier. Dan hub ini, abang-abang posmen akan membuat pembahagian parcel yang mereka telah lakukan pengutipan. Pembahagian parcel adalah mengikut kawasan-kawasan yang berlainan.
  • Sorted and Ready To Shipped
    • Status ini menunjukkan bahawa parcel anda telah pun dibahagi mengikut kawasan anda. Dan pemandu kurier juga telah ambil parcel anda dan bersedia untuk melakukan penhantaran kepada anda.
  • Checked In Into (nama hub)
    • Yeay! Parcel anda telah sampai di kawasan anda. Pada masa ini, abang-abang posmen sekali lagi akan membuat pembahagian bagi kawasan-kawasan yang tertentu di daerah anda. Jadi harap anda bersabar ya. Parcel anda telah selamat sampai dan akan dibuat penghantaran kepada anda dengan kadar yang segera.
  • Out For Delivery
    • Status ini bermaksud abang posmen telah pun mengambil parcel anda dan akan telah dalam perjalanan untuk berikan parcel kepada anda. Jadi jika anda melihat status ini, jangan risau, kerana dalam sekelip mata anda akan terima parcel anda.
  • Delivered
    • Yeay! Parcel telah sampai ke tangan anda. Terima kasih di atas kesabaran yang anda berikan.

Marilah kita sama-sama menghargai segala titik peluh pemandu kurier yang bekerja keras untuk mengambil dan menghantar parcel kepada pelanggan.