Bagaimana Untuk Membuat Tempahan Penghantaran Anda Yang Pertama Di EasyParcel?

Bagaimana Untuk Membuat Tempahan Penghantaran Anda Yang Pertama Di EasyParcel?

how-to-place-delivery-order-bm

Pertama kali dengan EasyParcel? Jangan risau! Untuk membuat pesanan pertama, sila klik DI SINI untuk membuka akaun secara percuma dengan kadar penghantaran terendah.

Video Tutorial

Langkah-Langkah Membuat Pesanan

Langkah 1: Pertama sekali, klik “Send Parcel” dan memilih “Single Parcel” untuk memulakan booking anda.

Langkah 2: Isi poskod pengirim dan poskod penerima berserta berat bungkusan dan klik “Quote&Book”.

Langkah 3: Senarai syarikat kurier yang ada untuk penghantaran akan dipamerkan.

Langkah 4: Anda boleh memilih kurier pilihan anda dan klik “Book”.

Langkah 5: Sila isikan butiran anda. Anda boleh meletakkan bungkusan anda di cawangan kurier terdekat.

Langkah 6: Sila isikan butiran penerima. Anda juga boleh memilih penghantaran bungkusan ke rumah penerima.

Langkah 7: Sila isikan butiran parcel anda dan memilih tarikh pengutipan bungkusan.

Langkah 8: Sebelum meneruskan pembayaran, anda boleh memilih ‘Tracking SMS‘ sebagai fasiliti tambahan.

Langkah 9: Tandakan pada notis dan klik “Check Out”.

Langkah 10: Anda boleh memohon dan menggunakan kupon anda di sini. Kemudian, sila klik “Pay With Credits Now”.

Langkah 11: Sila klik ikon “Print” untuk mencetak AWB anda.

Langkah 12: Dah selesai! Selepas ini anda boleh menyemak status penghantaran anda di tab “Parcel Status”.

Selesai! Sila pastikan bungkusan anda siap dibungkus dan AWB dilampirkan sebelum rakan kurier kami datang untuk pengutipan. Harap anda dapati ini berguna pada anda. Jika anda memerlulan sebarang bantuan, sila hubungi kami melalui emel kepada [email protected].

×
10.10 Super Rewards Fiesta