Anda mempunyai buku yang telah bertahun lama tak diusik dan dibaca? Buku mungkin menjadi semakin lama tetapi tidak bagi cerita di dalamnya.
Jadi selain membuang buku terpakai anda ke dalam tong kitar semula atau biarkan buku tersebut berbau dan hapak, ini adalah inisiatif go green dari EasyParcel dan Bookurve dimana anda boleh tukar buku terpakai anda untuk berkongsi keseronokkan membaca..
Sebagai tanda penghargaan bagi kebaikan dan sokongan, anda akan dihadiahkan dengan “Green Points” oleh BooKurve dimana ianya bersamaan dengan harga penuh buku baru di halaman rasmi BooKurve. Setiap RM1 akan ditukar kepada 10 mata.
Yang terbaik adalah apabila inisiatif ini bukan hanya bagi apa yang anda ada, tetapi inisiatif ini juga membolehkan anda membawa balik buku terpakai yang lain dengan 50% diskaun bermula dari 27 Mei 2020 dengan menggunakan mata “green point” anda.
Ini Adalah Cara Untuk Anda Sertai
Langkah 1
Pertama sekali, isi maklumat anda dalam borang Google
Langkah 2
Pasukan Bookurve akan hubungi cik untuk proses pertukaran
Langkah 3: Ganjaran
Dapatkan mata “Green Points” dan beli buku terpakai yang lain.
Penghantaran percuma disediakan bagi penghantaran dalam semenanjung. Bagi pengguna Sabah & Sarawak, anda boleh menempah dalam EasyParcel dengan dikenakan caj.
Ini Adalah Cara Untuk Anda Sertai
Apabila anda membuat pertukaran buku terpakai dengan kami, akan akan diberi ganjaran mata “Green Point”. Setiap RM1 bernilai 10 mata Green Point dan hanya boleh digunakan bagi membeli buku di BooKurve
Mata “Green Points” adalah bersamaan dengan harga penuh buku baru yang dipaparkan dalam halaman Bookurve. Selagi buku anda dalam keadaan boleh dibaca dan mematuhi peraturan Kawalan Kualiti, anda sentiasa boleh menukar di Bookurve.
Pada masa ini Bookurve hanya menerima buku fiksyen dan bukan fiksyen bahasa inggeris , tidak termasuk buku sekolah, akademik dan buku latihan yang tidak mempunyai nombor ISBN. Mensasarkan bagi memberi pengalaman bacaan yang baik kepada pembaca yang lain, Bookurve tidak menerima buku yang: mempunyai halaman yang hilang, terlalu banyak tulisan tangan di dalam buku, terkoyak atau berkulat di dalam.
Jika anda masih tidak pasti tentang ini, anda boleh mengambil gambar buku anda dan hubungi kami melalui WhatsApp di 011-53562257 atau emel kami di [email protected].
Bookurve akan cuba memberi anggaran harga buku dan memberitahu anda jumlah mata “Green Points”
Jika kawasan anda tidak meliputi penghantaran percuma, anda boleh menghantar buku anda melalui halaman EasyParcel. Dengan mudah semak dan tempah dalam easyparcel.com dan buat penghantaran ke alamat di bawah:
Bookurve Sdn Bhd
D-G-13, Medalla@Oasis Corporate Park,
No. 2, Jln PJU 1A/2, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 011-5356 2257
Sudah tentu boleh! Waktu operasi bagi Bookurve adalah dari Isnin sehingga Jumaat, 9 pagi-6 petang. Jika anda mahu datang pada hari Sabtu, sila buat temu janji dahulu dengan Bookurve melalui WhatsApp di 011-53562257.
Jika buku terpakai anda menunjukan harga RM20 di dalam halaman Bookurve, anda akan nikmati 50% dengan 100 mata Green points. Dan Bookurve akan tolak 100 mata Green Points (RM10 = 50% dari RM20). Jadi anda hanya perlu membayar baki RM10. **Jika anda tidak mempunyai sebarang mata Green Points, anda boleh membayar RM20 untuk buku tersebut.
Bookurve akan mengesahkan setiap keadaan buku dan ketegorikan mereka mengikut 4 jenis keadaan:
Jenis 1 – dapat 100% harga dipaparkan di dalam halaman Bookurve: Dalam keadaan sangat baik. Halaman buku dalam keadaan bersih. Ia mungkin mengandungi garisan atau kedut pada kulit buku atau sedikit kekotoran. Buku ini mungkin tidak dibalut.
Jenis 2: Dapat 80% dari harga yang dipaparkan dalam halaman Bookurve: Dalam keadaan baik. Mengandungi sedikit tulisan, kotoran, dan sedikit keroskan di sudut buku. Halaman buku mungkin sudah bertukar kepada kuning tetapi tidak mempunyai kulat. Halaman buku dalam keadaan bersih.
Jenis 3- Dapat 50% dari harga yang dipaparkan dalam halaman Bookurve: Boleh dibaca. Halaman dalam keadaan bersih. Mengandungi kulat di sudut halaman buku.
Jenis 4- Kitar semula tanpa sebarang mata Green Points: Buku yang tidak diterima. Buku mengandungi: halaman yang hilang, terlalu banyak contengan dan lukisan, kotoran dan kulat.
Singapore
Thailand
Indonesia

