Jimat Masa Membungkus Dengan Air Waybill Sticker

Jimat Masa Membungkus Dengan Air Waybill Sticker

Jualan yang meningkat = banyak bungkusan yang perlu diproses dan ini boleh menjadi satu cabaran yang hebat juga!

Mungkin anda perlu bekerja siang dan malam, atau mengambil pekerja tambahan hanya untuk memenuhi tempahan yang tinggi. Psst, anda sebenarnya boleh mempercepatkan proses pembungkusan barang sehingga 2x ganda dengan menggunakan air waybill sticker dalam saiz 4 inci x 6 inci. Dengan ini, anda tak perlu lagi menghabiskan masa untuk memotong air waybill kepada dua dan masukkan kedalam poket.

Cetak sticker airway bill menggunakan pencetak thermal dan terus lekat pada permukaan bungkusan anda

Bagi servis penghantaran yang memerlukan invois, kami sudah sediakan bersama-sama dengan AWB sticker.

Jangan lekat pada bungkusan, hanya perlu masukkan invois proforma kedalam poket konsigmen dan lekat di atas bungkusan atau terus masukan dalam poket bungkusan

Paling menarik, ianya percuma untuk anda menukar format awb kepada air waybill sticker.

Format air waybill sticker disediakan bagi kurier:

Pgeon_Prime

… dan akan lebih banyak kurier yang akan sertai

Sekejap– Jika anda merancang untuk menggunakan air waybill sticker, anda memerlukan pencetak thermal untuk membantu! Untuk pengetahuan anda, pencetak ini tidak menggunakan ink tau hanya menggunakan haba untuk mencetak. Jadi ini bermaksud anda tidak perlu risau ink habis dan lebih jimat untuk kos isi semula pencetak ink dalam jangka masa panjang.

Cara Untuk Menukar Format AWB Anda Kepada Sticker

Langkah 1: Pergi ke “Akaun” dan klik “AWB Format

Langkah 2: Pilih kurier yang anda mahu tukar air waybill format

Langkah 3: Pilih “sticker (6 Inci x 4 Inci)” sebagai format baru air waybill anda dalam senarai pilihan

Secara am, air waybill tersedia dalam bentuk A4, jadi anda perlu menukar manual format sticker

Langkah 4: Pilih “sticker (6 Inci x 4 Inci)” sebagai format baru air waybill anda dalam senarai pilihan

Cara Untuk Lampirkan AWB Sticker + Invois Proforma

Tutorial ringkas cara lampirkan pada bungkusan

Tutorial ringkas cara lampirkan pada kotak