Pening nak pilih servis penghantaran? Atau dah tak sanggup lagi bayar lebih untuk hantar parcel? Jangan risau, EasyParcel ada untuk mudahkan urusan anda! Dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara guna EasyParcel dengan langkah mudah yang sesuai untuk semua, sama ada individu atau pemilik bisnes kecil.
Siap sedia? Jom mula! 🚀
Apa Itu EasyParcel?
EasyParcel ialah platform yang membantu anda:
- Bandingkan harga penghantaran daripada pelbagai kurier seperti Pos Laju, J&T Express, Ninja Van, dan lain-lain.
- Tempah penghantaran dengan beberapa klik sahaja.
- Jejak parcel anda dengan mudah.
Sama ada anda hantar hadiah kepada kawan atau parcel bisnes kepada pelanggan, EasyParcel adalah penyelesaian terbaik untuk anda.
Cara Guna EasyParcel
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk mula gunakan EasyParcel:
1. Daftar Akaun Percuma
Langkah pertama, anda perlu daftar akaun di laman web EasyParcel. Jangan risau, pendaftaran ni percuma!
Apa yang perlu anda buat?
Klik butang “Daftar Akaun“ di bahagian atas laman web EasyParcel. Masukkan maklumat asas seperti nama penuh, alamat emel, dan nombor telefon anda. Pilih kata laluan yang kuat, tapi jangan sampai lupa pula!Tips cepat:
Kalau tak nak isi borang panjang-panjang, anda boleh daftar terus guna akaun Facebook atau Google. Dua klik je, dah siap!
2. Masukkan Butiran Parcel
Langkah ni senang je. Bawah “Send Parcel”, pilih ‘Domestic Delivery’, ‘International Delivery’ atau ‘On-Demand delivery’. Terpulang pada jenis penghantaran mana yang anda perlukan.
Kemudian, masukkan poskod anda (penghantar), penerima dan berat parcel anda. Lepas tu, tekan butang “Quote & Book” untuk dapatkan senarai kurier yang available untuk permintaan anda ni.
3. Bandingkan Harga dan Pilih Kurier
Inilah keajaiban EasyParcel—anda boleh tengok harga dari pelbagai syarikat kurier dalam satu tempat. Tak perlu buka banyak tab browser dah!
Apa yang akan anda nampak?
Selepas isi maklumat, senarai kurier akan keluar. Anda boleh nampak:- Harga penghantaran
- Anggaran tempoh penghantaran (contoh: 1 hari, 3 hari)
- Jenama kurier seperti Flash Express, Lalamove atau City-Link dan lain-lain.
Bagaimana nak pilih?
Kalau nak cepat, pilih kurier dengan tempoh penghantaran paling singkat. Kalau nak bajet, pilih harga paling rendah. Mudah kan?
Selain itu, make sure pilih juga antara dua pilihan ni:
Pick-Up Service:
Kalau sibuk, biar kurier datang ambil parcel di rumah atau pejabat anda. Pastikan ada orang di lokasi untuk serahkan parcel kepada mereka.Drop-Off Service:
Kalau lebih suka hantar sendiri, cari lokasi drop-off kurier yang anda pilih tadi. Biasanya ada di kedai serbaneka, pusat kurier, atau tempat strategik lain.
4. Isi Maklumat Penuh
Dah siap pilih kurier kesukaan, anda boleh terus isi butiran penghantaran. Jangan panik, form ni tak panjang pun.
Apa yang perlu anda isi?
- Lokasi pick-up: Di mana kurier akan ambil parcel anda. Kalau anda tak nak kurier datang rumah, boleh pilih lokasi drop-off.
- Lokasi delivery: Masukkan alamat penerima parcel. Pastikan alamat lengkap, termasuk poskod!
- Berat, saiz dan isi parcel: Ini penting sebab ia akan tentukan harga penghantaran. Guna penimbang dapur untuk anggar berat kalau perlu. Jelaskan apa kandungan parcel tu supaya takda termasuk dalam bahan terlarang. (Tak boleh hantar ye kalau termasuk dalam barang terlarang).
5. Buat Bayaran
Ha, dah boleh buat bayaran. Confirm kan semua maklumat, then teruskan buat bayaran. Dalam EasyParcel, kalau nak dapat harga yang jauh berpatutan, boleh top-up pakej yang ada. Then, anda akan dapat harga VIP. Kalau memang selalu hantar barang banyak, min cadangkan elok tambah nilai pakej untuk EXTRA jimat, gitu!
6. Tampal Sticker Air Waybill
Dah puas hati dengan pilihan kurier? Klik “Tempah Sekarang” dan buat bayaran. EasyParcel terima pelbagai cara bayaran, termasuk online banking dan e-wallet.
Apa itu airway bill?
Airway bill ni macam resit penghantaran. Ia ada maklumat penting seperti nombor tracking, nama penghantar, dan penerima. Lepas bayaran, anda boleh muat turun dan cetak airway bill.Pro Tip:
Kalau ada barang rapuh seperti kaca, pastikan anda bungkus dengan baik dan labelkan “Fragile”
7. Rehat Sambil Tunggu Pick Up
Sekarang, anda rehat je la tunggu kurier datang pick up dari rumah kalau anda pilih servis ni awal-awal tadi. Kalau tak, anda boleh drop off je kat mana-mana point kurier yang anda pilih yang terdekat. Senang sangat!
Tips Guna EasyParcel dengan Lebih Efektif
Gunakan Kod Promosi
EasyParcel selalu ada promosi menarik! Jangan lupa semak kod diskaun untuk lebih penjimatan.Jejak Parcel Anda
Masukkan nombor tracking di laman EasyParcel untuk tahu status penghantaran anda.Gunakan Bulk Shipping (Untuk Bisnes)
Kalau anda pemilik bisnes, gunakan fungsi bulk shipping untuk hantar banyak parcel sekaligus dengan harga diskaun.
Kenapa Pilih EasyParcel?
Kalau anda tertanya-tanya kenapa patut guna EasyParcel, ini sebabnya:
Jimat Masa dan Duit
Tak perlu buka banyak laman web kurier untuk bandingkan harga. Semuanya ada di EasyParcel!Pelbagai Pilihan Kurier
Dengan rakan kongsi seperti J&T, PosLaju, Ninja Van, DHL, dan lain-lain, anda boleh pilih kurier terbaik untuk setiap penghantaran.Jejak Parcel Anda
Jejak penghantaran secara real-time untuk ketenangan fikiran.Diskaun untuk Penghantaran Pukal
Pemilik bisnes? Nikmati penjimatan besar dengan penghantaran pukal.
Sekarang anda dah tahu cara guna EasyParcel, apa tunggu lagi? Masa untuk cuba sendiri dan nikmati kemudahan serta penjimatan yang ditawarkan.
Daftar sekarang dan mulakan penghantaran anda dengan EasyParcel hari ini!
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah EasyParcel hanya untuk bisnes?
Tidak! EasyParcel bukan hanya untuk pemilik bisnes, tapi juga untuk individu biasa.
Untuk individu:
Kalau anda nak hantar hadiah hari jadi kepada kawan, dokumen penting, atau barang peribadi, EasyParcel sesuai digunakan. Anda boleh tempah penghantaran satu kali tanpa sebarang komitmen.Untuk bisnes:
Pemilik bisnes kecil, e-dagang, atau penjual di platform seperti Shopee dan Lazada pun suka guna EasyParcel sebab ia menawarkan diskaun untuk penghantaran pukal, integrasi dengan platform jualan, dan pengurusan penghantaran yang lebih mudah.Kesimpulan:
Sama ada anda individu atau usahawan, EasyParcel ada penyelesaian untuk semua.
2. Bagaimana cara jejak parcel saya?
Mudah je! Dengan EasyParcel, anda boleh tahu lokasi parcel anda bila-bila masa.
Langkah-langkah:
- Pergi ke laman web EasyParcel.
- Klik bahagian “Jejak Parcel”.
- Masukkan nombor tracking (yang anda dapat selepas buat tempahan).
- Tekan “Cari”, dan lokasi parcel anda akan dipaparkan.
Apa yang anda boleh lihat?
Anda akan nampak status penghantaran seperti “Dalam Proses”, “Di Transit”, atau “Telah Dihantar”. Maklumat ini sangat berguna untuk memastikan parcel sampai dengan selamat.Tips Extra:
Hantar nombor tracking kepada penerima supaya mereka pun boleh semak status penghantaran. Tak perlu tanya-tanya lagi, “Parcel dah sampai ke belum?” 😄
3. Bolehkah saya buat penghantaran antarabangsa?
Boleh sangat! Dengan EasyParcel, anda bukan sahaja boleh hantar dalam Malaysia, tapi juga ke lebih 200 negara di seluruh dunia.
Langkahnya:
Prosesnya hampir sama seperti penghantaran domestik. Cuma, pastikan anda pilih penghantaran antarabangsa bila bandingkan harga.Syarikat kurier antarabangsa:
EasyParcel bekerjasama dengan kurier terkenal seperti DHL, FedEx, dan UPS untuk penghantaran ke luar negara.Perkara penting untuk diingat:
- Semak senarai barang terlarang untuk negara yang anda nak hantar. Contohnya, makanan basah atau barangan mudah terbakar mungkin tak dibenarkan.
- Lengkapkan dokumen kastam jika diperlukan. Jangan risau, EasyParcel ada panduan untuk bantu anda.
Kesimpulan:
Dengan EasyParcel, penghantaran ke luar negara pun jadi mudah. Tak kira ke Singapura, UK, atau Australia, semuanya dalam capaian anda!
4. Apa itu Airway Bill?
Airway Bill ialah dokumen penghantaran yang sangat penting. Ia macam “pasport” untuk parcel anda!
Apa yang ada pada airway bill?
Airway bill mengandungi maklumat seperti:- Nama dan alamat penghantar.
- Nama dan alamat penerima.
- Nombor tracking parcel.
- Butiran kurier (contoh: PosLaju, J&T).
Kenapa penting?
- Airway bill memastikan parcel anda sampai ke destinasi yang betul.
- Kurier akan rujuk airway bill untuk proses penghantaran.
- Ia memudahkan anda untuk jejak parcel menggunakan nombor tracking.
Bagaimana nak dapatkan airway bill?
Lepas buat tempahan, airway bill akan diberikan dalam bentuk fail PDF. Anda perlu cetak dan tampal pada parcel anda sebelum penghantaran.Tips Extra:
Gunakan plastik lutsinar atau pelekat khas untuk melindungi airway bill daripada basah atau terkoyak.