5 Cara Pos Barang Guna Flash Express 2024

5 Cara Pos Barang Guna Flash Express 2024

Hey fam! Siapa sini yang suka pos barang tapi kadang rasa stress nak uruskan penghantaran? Jangan risau, hari ini kami nak tunjukkan cara pos barang guna Flash Express yang mudah, cepat, dan pastinya tanpa sebarang kerisauan—semua melalui EasyParcel! 🎉

Isi

Apa tu Flash Express dan Kenapa Perlu Guna EasyParcel?

Sebelum kita mula, jom kita kenali dulu Flash Express! Flash Express adalah syarikat kurier yang sangat popular di Malaysia kerana perkhidmatan penghantaran mereka yang cepat dan efisien.

Sekarang, Flash Express dah bekerjasama dengan EasyParcel, platform penghantaran yang membolehkan korang buat tempahan secara mudah dan dapat lebih banyak manfaat. Dengan menggunakan EasyParcel, korang bukan sahaja dapat akses kepada pelbagai pilihan kurier, tapi juga nikmati tawaran istimewa dan harga yang lebih jimat!

Langkah-Langkah Pos Barang Guna Flash Express Melalui EasyParcel

1. Daftar akaun di EasyParcel

Langkah pertama yang korang kena buat adalah daftar akaun di EasyParcel. Tak perlu pening kepala cari tempat lain, sebab EasyParcel ada segala-galanya! Pergi je ke website EasyParcel atau download app EasyParcel di telefon pintar. Proses pendaftaran sangat cepat—isi maklumat yang diperlukan, dan korang dah ready untuk mulakan penghantaran!

2. Bungkus dengan Rapi

Sebelum korang buat tempahan, pastikan barang yang nak dihantar dibungkus dengan kemas dan selamat. Kalau korang nak guna kotak atau pembungkusan yang berkualiti, boleh dapatkan kat EasyParcel Shop – ada beberapa pilihan pembungkusan yang disediakan untuk memudahkan korang bungkus barang.

3. Pilih Flash Express dan Jenis Perkhidmatan yang Sesuai

Sekarang, masa untuk buat tempahan! Dengan EasyParcel, korang boleh tempah penghantaran Flash Express hanya dengan beberapa klik. Masukkan maklumat korang, penerima, dan maklumat berat barang. Kemudian, korang boleh pilih servis penghantaran Flash Express samada pick up atau drop off dengan harga yang jauh lebih jimat.

Pick up maksudnya kurier Flash Express akan datang ambil barang dari depan rumah korang—senang, kan? Kalau lebih suka keluar rumah, boleh pilih drop-off atau singgah-letak barang kat cawangan Flash Express yang terdekat.

Selesai tu, korang boleh terus bayar menggunakan kad kredit, e-wallet, atau transfer bank. Semuanya mudah dan cepat! Kalau korang tambah nilai pakej EasyParcel lagi dapat harga yang jimat dan macam-macam manfaat.

4. Schedule Pengambilan atau Singgah-Letak

Korang belum sure nak hantar hari ni? Jangan risau, kat EasyParcel boleh jadualkan pick up atau drop off barang. Maksudnya, kalau korang nak hantar lagi 2 hari atau lagi 2 minggu, jadualkan siap-siap dengan pilih tarikh untuk Flash Express datang ambil barang korang. Ha, kan mudah tu uruskan penghantaran barang korang, ye tak?

5. Track Penghantaran Barang

Dah pos, tak perlu risau! EasyParcel menyediakan sistem tracking yang membolehkan korang jejak status penghantaran barang korang. Dalam beberapa klik sahaja, korang boleh tengok lokasi terkini barang dan pastikan semuanya berjalan lancar. Kalau ada apa-apa masalah, customer support EasyParcel juga sedia membantu!

Kenapa Pilih Flash Express Melalui EasyParcel?

  • Cepat dan Efisien – Penghantaran Flash Express sangat pantas! Dengan EasyParcel, korang boleh akses servis penghantaran ekspres untuk keperluan urgent.
  • Harga Lebih Jimat – EasyParcel dapat menawarkan harga lebih murah untuk servis Flash Express, sebab kami ada tawaran dan diskaun eksklusif untuk pengguna!
  • Kemudahan Platform – Mudah guna, mesra pengguna! Semua tempahan dan pengurusan penghantaran boleh dibuat dalam beberapa klik di EasyParcel.
  • Support Hebat – Ada sebarang masalah? EasyParcel ada pasukan customer service yang sentiasa siap sedia untuk membantu korang. 🙂

Tips Pos Barang dengan Flash Express melalui EasyParcel

  • Pastikan alamat lengkap dan tepat – Ini penting untuk pastikan barang sampai tepat pada masa dan tempat yang betul!
  • Pastikan AWB jenis sticker dan waterproof – Ha, tak nak la guna yang senang koyak, tak tahan lasak sebab nanti takut tak sampai kepada penerima sebab alamat dan informasi penting dah hilang.
  • Timbang barang dengan betul – Untuk elakkan sebarang caj tambahan, pastikan berat barang yang dimasukkan betul!
  • Pilih pembungkusan yang sesuai – Pastikan barang dibungkus dengan kemas supaya tidak rosak semasa penghantaran.

Sekarang tak perlu lagi risau nak pos barang! Dengan Flash Express melalui EasyParcel, penghantaran jadi lebih mudah, cepat, dan jimat. Korang juga akan dapat lebih banyak manfaat dan tawaran istimewa apabila buat tempahan melalui EasyParcel. So, apa tunggu lagi? Daftar di EasyParcel sekarang dan mulakan penghantaran barang korang dengan Flash Express! 

Pro tip: Bila korang daftar akaun percuma EasyParcel, korang akan dapat kupon penghantaran RM10 percuma untuk tolong korang mula menghantar, best kan?

FAQ

  1. Berapa lama penghantaran Flash Express?
    Berita yang lebih baik adalah, Flash Express menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran tanpa-henti selama 365 hari setahun, dengan tempoh penghantaran dari 3 hari bekerja selepas tarikh pengambilan.

  2. Cara guna Flash Express di EasyParcel?
    Senang je. Buka akaun percuma di EasyParcel (dan dapat RM10 diskaun), pilih hantar barang domestik, masukkan maklumat anda, penerima, barang dan tekan tempah. Pilih Flash Express dan teruskan dengan pembayaran. Mudah je!
×
10.10 Super Rewards Fiesta