[Features] Pelanggan Dari Luar Negara? Ikuti Langkah-Langkah Ini Untuk Membuat Tempahan Antarabangsa

[Features] Pelanggan Dari Luar Negara? Ikuti Langkah-Langkah Ini Untuk Membuat Tempahan Antarabangsa

Bagi perniaga atas talian, pasti anda mempunyai pelanggan luar negara yang berminat dengan produk anda. Penghantaran luar negara menjadi lebih mudah menggunakan EasyParcel. Rakan kongsi kurier bagi penghantaran antarabangsa adalah AramexTnt ExpressSF express, Mystery Saver, Fdex Express dan EMS.

Pengutipan bungkusan juga tersedia bagi kurier antarabangsa. Pengutipan tanpa ada jumlah minimum dan percuma!

Jom ikuti langkah-langkah mudah untuk penghantaran antarabangsa.

Langkah 1: Anda perlu mendaftar kredit kad anda bagi tujuan keselamatan. Sebarang caj dalam Easyparcel akan dicaj melalui kredit dalam akaun EasyParcel anda.

Langkah 2: Daftar kredit kad anda dengan mengisi semua butiran yang diminta. Caj RM1 akan dikenakan bg tujuan pendaftaran. Tetapi caj RM1 akan diberi semula setelah pendaftaran kredit kad berjaya. Tempoh pemulangan caj pendaftaran bergantung kepada bank.

Langkah 3: Masukkan poskod dan pilih negara yang anda ingin membuat penghantaran.

Langkah 4: Pilih kurier yang bersesuaian, dan klik “Tempah”.

Langkah 5: Isi semua maklumat yang diminta dan klik “Seterusnya”.

Langkah 6: Pilih dan Klik pada tempahan. Seterusnya, klik butang “Check Out”.

Langkah 7: Buat pembayaran dengan klik pada “Bayar dengan kredit”.

Mudah kan? Selepas ini, anda tak perlu risau lagi jika terima pelanggan antarabangsa. Hanya perlu tempah dalam Easyparcel, semudah 1,2,3.

Bagi tempahan antarabangsa, sila pastikan untuk lampirkan bersama invoice semasa pengutipan kurier dilakukan.

Anda boleh juga gunakan tempahan pukal bagi tempahan antarabangsa. Anda boleh rujuk disini untuk mengetahui cara-cara tempahan pukal antarabangsa.

×
10.10 Super Rewards Fiesta