Kami begitu teruja untuk mengalu-alukan Flash Express secara rasmi sebagai salah satu pembekal kurier EasyParcel untuk menghantar bungkusan anda di seluruh Malaysia!
Berita yang lebih baik adalah, Flash Express menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran tanpa-henti selama 365 hari setahun. Kadar promo adalah dari RM4.00*(0.1 – 3kg) sehingga 30 June 2022, dengan tempoh penghantaran dari 3 hari bekerja selepas tarikh pengambilan.
Perlu menghantar bungkusan anda yang tak disangka-sangka dan dengan kadar yang rendah? Cuba Flash Express untuk memenuhi keperluan penghantaran anda.
Kadar Penghantaran | Dari RM4.00* (ketahui lebih lanjut) **Kadar promo Flash Express hanya sah sehingga 30 Jun 2022. EasyParcel berhak mengubah atau menarik semula kadar promo dari masa ke semasa tanpa pemberitahuan awal. Tertakluk T&S. |
Liputan Kawasan Pengambilan & Penghantaran | Malaysia (Isnin – Ahad) |
Tempoh Penghantaran | Dari 3 hari bekerja setelah pengambilan |
Berat & Dimensi Maksima | 50kg Mana-mana dimensi tidak boleh melebihi 150cm, L + W + H < 280cm. |
Perlindungan Insurans | RM200 untuk kehilangan dan kerosakan barang. RM50 tambahan untuk perlindungan kehilangan dari EasyParcel. |
📢 Kadar promo Flash Express iaitu RM4 telah berakhir secara rasminya pada 14 Julai 2022. Semak kadar promo terkini di sini.
Perkara penting pengguna perlu tahu untuk menggunakan perkhidmatan kurier Flash Express:-
👉 Hanya dengan 1 bungkusan, pengguna boleh menikmati pengambilan bungkusan di antara 3pm – 7pm.
👉 Tempah sebelum 2.45pm untuk pengambilan hari yang sama.
👉 Penghantaran tidak termasuk ke P.O Box dan kawasan FELDA.
👉 Perkhidmatan singgah letak tidak disediakan oleh Flash Express.
Bagaimana Nak Tempah Flash Express?
Langkah 1: Isikan poskod pengambilan dan penghantaran beserta berat bungkusan anda, kemudian tekan “Semak & Tempah”.
Langkah 2: Tekan “Tempah” untuk memilih Flash Express sebagai pembekal perkhidmatan kurier anda.
Langkah 3: Isikan butiran penghantar.
Langkah 4: Isikan butiran penerima.
Langkah 5: Isikan butiran bungkusan dan pilih tarikh pengambilan mengikut kesesuaian anda.
Langkah 6: Tambahkan pilihan ciri-ciri yang melengkapkan proses penghantaran anda. Kemudian, tekan “Teruskan”.
Langkah 7: Tekan “Check Out” untuk ke laman pembayaran, dan anda telah selesai dengan tempahan anda.