Instagram stories semakin hebat dengan adanya sticker, GIF, filter, animasi dan pelbagai lagi. Ini mungkin kerana terdapat pelbagai applikasi yang dapat membantu pengguna mencipta instagram stories yang menarik.
Instagram stories juga menjadi salah satu alatan pemasaran yang penting dalam mengembangkan jenama dan produk anda. Stories berkembang 15 kali lebih cepat dari features yang lain.
Tetapi membuat stories setiap hari sahaja tidak cukup untuk menarik pelanggan. Stories yang cantik memerlukan usaha, masa dan kreativiti. Ia juga memerlukan alatan dan applikasi yang betul.
Anda boleh cuba jelajah 8 applikasi di bawah untuk membantu mencipta stories anda!
1.Unfold
Muat Turun: iOS atau Android
Boleh digunakan untuk: Unfold membantu anda mereka bentuk stories anda dimana anda boleh membuat gambar collegue yang cantik. Gunakan templete percuma yang disediakan dapat membantu memberi gambaran yang kemas dan mempunyai aura jenama sendiri.
Features:
- Percuma 25 templates.
- 90 premium (berbayar) templates.
- Pelbagai pilhan untuk teks dan typeface.
- Boleh memuat naik gambar dan video.
2. InShot
Muat Turun: iOS atau Android
Boleh digunakan untuk: Hampir kesemuanya! InShot adalah salah satu applikasi yang mendapat rating yang tinggi untuk Android dan iPhone. InShot didatangkan dengan pebagai features yang mendalam untuk video dan gambar. Anda boleh ubah suai gambar, tambah musik dan banyak lagi. Hanya perlu pastikan canvas ratio 9:16 sebelum anda mula penyuntingan.
Features:
- Boleh mengubah suai video, termasuk filter, ikon dan mengawal kelajuan video.
- Membuat templete untuk gambar gabungan.
- Pilihan untuk menambah musik kedalam video dan latar belakang gambar.
3. Hype-Type
Muat Turun: iOS atau Android
Boleh digunakan untuk: Hype-Text merupakan salah satu aplikasi Instagram Story yang terbaik untuk teks. Bermain dengan fonts dan gaya. Tambah keseronokan, typography animasi kedalam Instagram Stories anda.
Features:
- Pilihan yang banyak untuk animasi teks dan font.
- Mudah untuk digunakan – hanya perlu memuat naik gambar dan tambah teks.
- Boleh mengubah suai untuk gambar dan video.
4. Adobe Spark
Muat Turun Adobe Spark Post: iOS, Android, atau Desktop
Muat Turun Adobe Spark Video: iOS atau Desktop
Boleh digunakan untuk: Adobe Spark adalah applikasi yang mudah untuk digunakan. Anda boleh mencipta kandungan gambaran professional tanpa perlukan latar belakang pereka.
Spark Video membenarkan anda menggabungkan video kedalam stories. Anda boleh menambah kesan, bunyi, animasi dan lebih lagi.
5. Canva
Muat Turun: iOS or Android
Boleh digunakan untuk: Canva membantu anda dengan template yang sedia ada. Aplikasi ini adalah aplikasi yang sangat mudah dan cepat untuk story instagram. Muat naik video, tambah sticker, ikon atau teks. Muat turun template dan siap!
6. Over
Muat Turun: iOS atau Android
Boleh digunakan untuk:
- Over merupakan applikasi yang mendapat raking yang tertinggi bagi ubah suai dan mencipta Instagram Stories. Gunakan templete yang sedia ada atau cipta yang baharu. Tambah sticker, font,teks dan lebih lagi.
- Over adalah applikasi yang agak maju, anda mungkin memerlukan masa untuk belajar. Tetapi apabila anda memahami applikasi ini, terdapat banyak peluang yang anda boleh gunakan.
7. Lifelapse
Muat Turun: iOS atau Android
Boleh digunakan untuk: Ingin membuat story anda menonjol? Cuba stop motion animation. Lifelapse membenarkan anda mencipta gambaran animasi yang profesional daripada telefon anda. Applikasi ni juga termasuk dalam alatan mengubahsuai. Anda boleh menambah musik, filter, mengubah kelajuan video dan lebih lagi.
8. Storybeat
Muat Turun: iOS atau Android
Boleh digunakan untuk: Mambuat video untuk Instagram, WhatsApp, Facebook, Snapchat, Twitter. Storybeat applikasi yang terbaiik untuk memasukkan musik kedalam gambar atau video.
Sekarang anda sudah mempunyai applikasi yang hebat untuk membuat story yang gempak! Tiada lagi alasan yang mencipta story yang hambar. Harap dapat membantu anda dapat meningkatkan lagi tarikan pelanggan terhadap kedai atas talian anda.
Singapore
Thailand
Indonesia