Nak pos barang ke luar negara tapi tak pasti berapa harga yang perlu dibayar? Jangan risau, fam!
Dalam blog ni, kami akan kupas segala tips dan trik untuk bantu anda jimat kos pos. Dari cara nak kira harga, tips pembungkusan, sampai jawapan untuk soalan yang biasa ditanya – semuanya ada kat sini. Jom terus baca!
Content
Apakah Faktor Harga Pos Barang ke Luar Negara?
Harga pos barang ke luar negara ni bergantung pada beberapa faktor utama, antaranya:
Negara Destinasi
Lagi jauh negara yang anda nak hantar barang, biasanya lagi tinggi kos penghantaran. Sebagai contoh, pos ke Singapura mungkin lebih murah berbanding pos ke Amerika.Jenis Servis Penghantaran
Ada pilihan penghantaran ekspres kalau nak barang sampai cepat, atau standard kalau nak harga lebih jimat. EasyParcel senaraikan pilihan kurier untuk anda pilih ikut bajet dan keperluan.
Anggaran Harga Pos Barang ke Luar Negara Melalui EasyParcel
Nak tahu berapa harga pos sebelum buat keputusan? Senang je! Guna kalkulator harga EasyParcel:
- Masukkan maklumat barang (berat & saiz).
- Pilih destinasi.
- Klik cari – terus keluar senarai harga dari pelbagai kurier macam DHL, Aramex, UPS, dan banyak lagi!
Negara Destinasi | Flash Express |
---|---|
Singapore | Dari RM21.20 |
New Zealand | Dari RM114.05 |
Japan | Dari RM114.05 |
Taiwan | Dari RM86.20 |
China | Dari RM65.90 |
Indonesia | Dari RM56.40 |
United States | Dari RM105.70 |
Tips Bijak untuk Jimat Kos Pos Barang ke Luar Negara
Tempah Melalui EasyParcel
Ni cara paling senang nak jimat sebab tempahan melalui EasyParcel boleh bagi diskaun hingga 50% berbanding tempah terus dengan kurier.Bungkus Barang dengan Bijak
Gunakan kotak bersaiz sesuai dan kurangkan berat dengan elak guna bahan pembungkusan yang berlebihan. Kurang berat, kuranglah bayarannya!Pertimbangkan Penghantaran Berkumpulan
Kalau selalu pos barang, cuba kumpul beberapa penghantaran sekali gus. Biasanya kos per kilogram boleh jadi lebih murah bila hantar dalam kuantiti banyak.Pilih Kurier yang Sesuai
Jangan terus pilih kurier pertama yang keluar dalam senarai. Bandingkan harga, servis, dan masa penghantaran untuk dapatkan nilai terbaik.Semak Garis Panduan Barang Larangan
Pastikan barang yang anda hantar tak termasuk dalam senarai barang larangan negara penerima. Kalau tak, boleh kena tahan atau dikenakan caj tambahan.
Cara Membungkus Barang untuk Penghantaran Antarabangsa
Nak barang sampai dalam keadaan selamat? Ikut tips ni:
Pilih Kotak yang Kukuh: Elakkan kotak lama yang dah rosak.
Balut Barang dengan Bubble Wrap: Barang mudah pecah wajib dibalut elok.
Labelkan Bungkusan dengan Jelas: Pastikan alamat penerima lengkap dan betul.
Hantar barang ke luar negara tak perlu susah hati atau mahal. Dengan EasyParcel, anda boleh bandingkan harga, pilih kurier terbaik, dan nikmati penjimatan besar. Senang, kan? Jadi, tunggu apa lagi? Cuba EasyParcel sekarang dan nikmati pengalaman pos yang lebih mudah dan jimat!
Tempah sekarang dan lihat sendiri betapa mudahnya pos barang ke luar negara dengan EasyParcel.
FAQ
1. Berapa harga pos barang ke luar negara dari Malaysia?
Harga bergantung pada berat, saiz, destinasi, dan jenis kurier. Guna kalkulator EasyParcel untuk dapatkan anggaran harga dengan cepat.
2. Kurier manakah yang paling murah untuk penghantaran antarabangsa?
Kurier seperti Aramex dan EasyParcel Economy selalunya menawarkan harga lebih berpatutan.
3. Apa yang tak boleh dihantar ke luar negara?
Barang terlarang termasuk bahan mudah terbakar, senjata, bahan kimia berbahaya, dan barangan yang melanggar peraturan negara penerima.
4. Macam mana nak bayar untuk penghantaran antarabangsa?
Anda boleh buat pembayaran online melalui EasyParcel guna kad kredit, FPX, atau e-wallet.