Hai! 👋 Tengah cari info terbaru tentang harga postage Flash Express untuk tahun 2025? Anda berada di tempat yang tepat! ✨
Flash Express semakin popular di Malaysia kerana servis penghantaran mereka cepat, boleh dipercayai, dan berpatutan. Dalam artikel ini, kita akan kongsikan harga postage terkini, tips jimat kos, dan cara menggunakan Flash Express melalui EasyParcel untuk dapatkan harga dan servis yang lebih menarik.
Contents
Apa tu Flash Express
Flash Express ialah perkhidmatan kurier tempatan di Malaysia yang menawarkan penghantaran cepat, selamat, dan boleh dijejak untuk dokumen dan parcel ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Ia sesuai untuk penghantaran barangan jualan online, dokumen penting, dan parcel yang memerlukan servis pantas, menjadikannya pilihan popular bagi perniagaan dan individu yang mahukan penghantaran efisien dan mudah.
Berapa Harga Postage Flash Express 2025 per kg?
Harga postage Flash Express 2025 bergantung kepada destinasi, berat, dan jenis servis yang dipilih. Secara anggaran, kadar postage per kg dari Malaysia adalah seperti berikut:
1. Harga Penghantaran Dalam Semenanjung Malaysia
Berikut adalah senarai harga postage Flash Express 2025 untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia mengikut berat parcel.
Harga ini adalah anggaran bermula dan mungkin berbeza bergantung kepada lokasi, jenis servis, dan promosi semasa. Jadual di bawah memudahkan anda merancang kos penghantaran parcel anda:
Berat Parcel | Harga (Penghantaran dalam Semenanjung) |
0.1kg-3kg | Dari RM5.27 |
4kg | Dari RM5.66 |
5kg | Dari RM6.60 |
6kg | Dari RM8.96 |
7kg | Dari RM9.91 |
8kg | Dari RM10.85 |
9kg | Dari RM11.79 |
10kg | Dari RM12.74 |
2. Harga Penghantaran ke Sabah & Sarawak
Harga penghantaran Flash Express ke Sabah & Sarawak biasanya sedikit lebih tinggi kerana kawasan ini termasuk dalam Extended Service Area. Surcharge tambahan akan dikenakan ke atas kadar asas, jadi pastikan anda mengambil kira kos ini apabila menghantar parcel ke Malaysia Timur.
Penghantaran ke Sabah & Sarawak dikenakan surcharge tambahan atas kadar asas Flash Express. Semak jadual di bawah untuk kadar terkini.
Berat Parcel | Harga (Semenanjung ke Sabah/Sarawak) |
0.1kg – 1kg | Dari RM13.80 |
2kg | Dari RM26.10 |
3kg | Dari RM38.30 |
4kg | Dari RM50.60 |
5kg | Dari RM62.90 |
6kg | Dari RM75.00 |
7kg | Dari RM87.30 |
8kg | Dari RM99.60 |
9kg | Dari RM111.80 |
10kg | Dari RM124.20 |
Nak Tau Lagi Specific Harga Postage Flash Express per kg?
(Especially dari tempat korang sendiri ke satu-satu destinasi?)
Guna je quote kami ni. Instant sebut harga!
Just masukkan poskod korang, poskod penerima, berat barang dan tekan “Quote & Book“. Settle dapat jawapan harga postage Flash Express dan macam-macam lagi top kurier yang ada.
Get Instant Quotes
Send More Parcels at Once
Save time, save cost with less click!
Integrations
Sync all your store orders and experience seamless booking experience in one click
Explore NowMacam Mana Cara Nak Jimat Kos Penghantaran Flash Express 2025?
Menghantar parcel dengan Flash Express tidak semestinya mahal. Dengan beberapa strategi mudah, anda boleh menjimatkan kos postage tanpa menjejaskan kelajuan atau keselamatan penghantaran. Berikut ialah beberapa tips berguna:
1. Pilih Servis Sesuai
Sesetengah servis lebih murah tapi lebih lambat; pilih ikut keperluan.
2. Timbang & Ukur Parcel Dengan Betul
Elakkan berat dan saiz tak tepat yang boleh naikkan kos.
3. Tempah Melalui EasyParcel
Dapat harga lebih rendah, promosi tambahan, dan insurans asas.
Jom Pos Barang Dengan Flash Express Dengan Cara Jimat dan Bijak
Memang berbaloi pilih Flash Express kalau nak penghantaran cepat, selamat, dan boleh dipercayai ke seluruh Malaysia—dan jangan lupa buat tempahan melalui EasyParcel untuk dapatkan harga lebih jimat serta pelbagai tawaran menarik.
Mulai RM5.27 untuk parcel 0.1kg – 3kg, semua parcel korang boleh dijejak dengan mudah, dan ada servis tambahan seperti insurans dan tracking real-time untuk lebih tenang.
Jadi, tunggu apa lagi? Hantar parcel korang hari ini dan nikmati penghantaran pantas dengan Flash Express melalui EasyParcel!
Langkah 1
1. Daftar & Log Masuk
Buat akaun EasyParcel atau log masuk jika dah ada. Akaun ni memudahkan korang simpan alamat, pantau parcel, dan dapat diskaun eksklusif.
Langkah 2
2. Masukkan Maklumat Penghantaran
Isikan butiran parcel: berat, saiz, dan destinasi.
Langkah 3
Pilih Skynet & Servis
Pilih Flash Express sebagai courier dan servis yang sesuai. Sistem akan tunjuk harga serta anggaran masa penghantaran.
Jom buka akaun percuma dan dapat RM10 kupon untuk penjimatan lebih bila korang tempah penghantaran.
FAQ: Soalan Lazim Tentang Flash Express
1. Apakah servis yang ditawarkan oleh Flash Express?
Flash Express menawarkan penghantaran cepat ke seluruh Malaysia, termasuk free pick up dan drop-off dan tracking real-time untuk parcel anda.
2. Adakah Flash Express menyediakan insurans untuk parcel?
Ya, jika tempah melalui EasyParcel, semua parcel dilindungi insurans asas, dan anda juga boleh tambah perlindungan tambahan untuk barang bernilai tinggi.
3. Berapakah harga penghantaran Flash Express?
Harga bergantung pada berat parcel dan destinasi. Anggaran bermula dari RM5.27 untuk 0.1kg – 3kg, dan boleh semak harga terkini melalui EasyParcel.
4. Bolehkah saya hantar parcel ke Sabah dan Sarawak?
Ya, Flash Express menghantar ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, dengan harga dan masa penghantaran yang sedikit berbeza berbanding Semenanjung.
Singapore
Thailand
Indonesia


