Integrasi Website Anda Bersama EasyParcel Untuk Memudahkan Penghantaran Anda

Integrasi Website Anda Bersama EasyParcel Untuk Memudahkan Penghantaran Anda

Lebih 50% peniaga atas talian mempunyai laman web tersendiri betul? Terutama peniaga yang menjual di media sosial seperti Lily petuna, Leeyana Rahman dan pelbagai lagi. Bagi sesetengah pelanggan, mereka lebih suka untuk membeli di laman web kerana lebih mudah untuk memilih dan terus membayar di laman web tersebut. 

Tetapi selepas peniaga menerima tempahan mereka, bagaimanakah mereka menguruskan tempahan di dalam laman web tersebut? Adakah dengan menulis satu per satu tempahan yang diterima?

Tahukah anda, dengan EasyParcel anda boleh terus integrasi laman web anda dengan sistem EasyParcel. Di mana anda boleh terus import tempahan yang anda terima ke dalam EasyParcel dan cetak Air Waybill atau Consgment Note terus dari Website anda(tertakluk kepada panel).

InstanteStore, NetShop, OnPay, 91App, Squarelet, EasyStore, Bizapp, HouseGuru atau Semuts.com merupakan integrasi panel yang anda boleh print Air Waybil terus dari website selepas anda membuat pembayaran. Seterusnya jika anda menggunakan integrasi yang lain (anda boleh semak di sini), anda perlu print dari website EasyParcel selepas tempahan di export. 

Cara-cara Untuk Set Up Integrasi

Langkah 1: Pergi ke Dashboard dan klik pada Integration. Selepas itu klik pada  “+ New Store”.

Langkah 2: Pilih Panel website yang anda gunakan

Langkah 3: Isi maklumat yang diminta.

Langkah 4: Selepas dah siap setup website anda, pergi ke “Your Store” jika ingin mengubah maklumat.

Langkah 5: Semua Maklumat tempahan anda akan di import ke “order imported”. Sebelum meneruskan dengan pembayaran, anda boleh mengubah maklumat  bungkusan penerima. Anda juga boleh menjadualkan pengutipan dan mempunyai pilihan untuk pengutipan atau drop off.

Selepas itu, anda boleh teruskan dengan pembayaran. Mudah kan? Integrasi dapat memudahkan tugasan harian anda dan dapat menjimatkan masa.

×
10.10 Super Rewards Fiesta