Panduan Format Iklan Instagram Dan Spesifikasi

Panduan Format Iklan Instagram Dan Spesifikasi

Instagram merupakan antara media sosial yang semakin tinggi pengguna. Boleh dikatakan Instagram menjadi applikasi yang harus dibuka setiap hari bagi pengguna untuk kemas kini perkembangan semasa dan post terkini bagi kawan dan keluarga. 

Secara tidak langsung, lebih banyak bisnes akan melibatkan diri di Instagram untuk berhubung dengan pengguna Instagram yang mencecah bilion.

Adakah Instagram termasuk dalam jadual pemasaran anda? Jika Ya, ikuti panduan di bawah untuk anda melancarkan iklan di instagram.

Iklan Gambar Instagram

Iklan Gambar Instagram dapat memuat naik keterangan gambar sepanjang 2,200 huruf dan butang Call-Of-Action. Contoh Call-of-action adalah “Tempah Sekarang” , “Hubungi Kami” dan lain-lain.

Instagram menyokong aspek nisbah dari 1:1 sehingga  4:5

Ini adalah contoh  iklan gambar dalam Instagram

  • Melintang – Optimum saiz bagi iklan gambar melintang adalah 1200px x 628px
  • Petak – Optimum saiz bagi iklan gambar petak adalah 1080px X 1080px 
  • Menegak – Optimum saiz bagi iklan gambar menegak adalah 1080px x1350px
Iklan Video Instagram

 

Iklan video Instagram mempunyai durasi selama 120 saat (2 minit).

Sama seperti iklan gambar Instagram, penerangan video akan berada di bawah dan boleh menulis sebanyak 2,200 huruf. 

Instagram menyokong aspek nisbah dari 1:91:1 to 4:5 bagi semua iklan video.

Ini adalah contoh iklan stories gambar dan video

  • Gambar – Iklan gambar stories akan ditayangkan selama 5 saat atau sehingga pengguna memilih untuk keluar dari melihat iklan tersebut
  • Video – Iklan video akan ditayangkan sehingga 15 saat atau sehingga pengguna keluar dari menonton iklan tersebut
  • Carousel – Instagram menawarkan dua jenis iklan carousel: Native stories carousel dan Expandable stories carousel. Format ni menyokong gambar,video dan campuran media.
Iklan Instagram Carousel

Format iklan carousel membenarkan anda untuk memuat naik sehingga 10 gambar atau video di dalam satu iklan dan setiap satu boleh mempunyai link yang berbeza. 

Gambar atau video yang dimuat naik mengikut aspek nisbah yang berbeza akan dipotong kepada nisbah 1:1

  • Gambar – Optimum saiz bagi iklan gambar melintang adalah 1080px x 1080px
  • Video – Video di dalam iklan instagram carousel boleh panjang sehingga 60 saat
 
Iklan Instagram Collection

 

Iklan Instagram Collection termasuk gambar hadapan atau video dan 3 gambar produk. Apabila seseorang klik pada iklan collection, mereka akan pergi kepada laman “instant experience” dimana mereka boleh berinteraksi dengan produk dan kandungan produk anda. 

Gambar atau video hadapan yang dipamerkan di dalam iklan “collection”  adalah gambar pertama dan media tersebut harus mempunyai nisbah 16:9 atau 1:1

Anda harus mempunyai Facebook untuk anda menggunakan format iklan ini.

Iklan promosi Instagram

 

Anda boleh terus mengiklankan dari aplikasi  instagram selepas anda menukar instagram anda kepada instagram bisnes. Anda boleh menggunakan butang promosi dari profil anda untuk melancarkan iklan feed atau stories.

Iklan Branded Content

 

Sama seperti iklan promosi post instagram, iklan branded content membenarkan pengiklan untuk mempromosikan organik branded content sebagai iklan feed.

Sekarang anda telah mahir dalam format dan spek bagi iklan di Instagram. Dengan Iklan di Instagram dapat  membantu menaikkan kesedaran tentang produk dan jenama anda. Lebih tinggi kesedaran, lebih cepat anda dapat pelanggan.

Haven’t Join EasyParcel?

Shipping newbie? No worries! EasyParcel welcomes you with a sweet FREE RM10 for your first shipment. And that’s just the beginning! Sign up today and join the fun!

×
10.10 Super Rewards Fiesta