Ramai orang di luar sana yang baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan dan ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana anda akan berhadapan dengan ramai peniaga yang lain di luar sana dan juga akan menjadi risiko jika anda tersilap langkah! Kami akan berkongsi beberapa tips asas kepada anda yang baru memulakan langkah untuk berniaga.
Tips Memulakan Perniagaan "Online"
1. Sentiasa Aktif Di Dalam Sosial Media
Terdapat ramai yang mempunyai perniagaan di dalam sosial media seperti Facebook dan Instagram. Persoalannya, bagaimana anda boleh target pelanggan yang betul dengan produk yang anda tawarkan kepada anda?
Perkara penting yang anda perlu tahu adalah anda perlu tahu cara untuk “target” pelanggan di dalam sosial media. Sebagai contoh di dalam Instagram anda boleh letakkan “hashtag” untuk produk yang dijual. Ini kerana, ia akan memudahkan pelanggan untuk mencari produk yang anda jual di dalam satu “hashtag”.
Selain dari Facebook, anda juga boleh meletakkan “hashtag” apabila membuat “posting” di laman Facebook, tetapi apa yang lebih berfungsi adalah apabila anda “post” barang yang dijual di dalam “Marketplace” Facebook. Pelanggan dengan mudah dapat mencari produk yang mereka cari dan juga memudahkan mereka untuk melihat kandungan produk tersebut.
Dengan Marketplace Facebook juga anda dengan mudah dapat ketahui pelanggan yang menghantar mesej atau komen “post” produk yang anda masukkan di dalam marketplace Facebook.

2. Buatkan Pembelian “Online” Menjadi Mudah Kepada Pelanggan Anda
Ramai peniaga diluar sana yang mempunyai laman web sendiri, tetapi jangan risau, dengan bajet yang rendah anda juga dapat menjual produk kepada pelanggan anda. Anda dapat mengurus perniagaan dengan lebih baik dengan QuickSend. Jika anda menerima tempahan, apa yang dilakukan adalah menghantar pautan yang mengandungi borang untuk mereka isikan segala maklumat yang penting seperti Nama, Alamat, Nombor Telefon. Selepas pelanggan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan, tempahan tersebut akan terus dihantar ke “cart” anda secara automatik untuk proses pembayaran.
3. Pembekal Produk Adalah Penting
Pembekal adalah sangat penting apabila anda menjadi seorang penjual. Anda perlu mencari pembekal yang menawarkan harga yang berpatutan supaya anda dapat sentiasa menambah stok produk anda. Anda boleh cari melalui Facebook, Instagram atau juga melalui Google. Sebagai contoh, anda boleh cari “pembekal tudung” di dalam Google dan anda akan dapat lihat senarai pembekal tudung yang berdekatan dengan anda dan juga pembekal tudung yang terkenal dengan harga yang berpatutan.
Anda boleh mencari pembekal berdasarkan produk yang anda jual.

4. Mula Menjual Di Dalam “Marketplace”
Kebanyakan pembeli akan membeli di dalam “marketplace” seperti Shopee. Anda boleh mengambil peluang ini untuk menjual di dalam Shopee. Ini kerana, melalui “marketplace” ini, anda mempunyai inisiatif untuk meningkatkan jualan ini. Sebagai contoh, di dalam Shopee, anda akan disediakan feature seperti Kempen Pemasaran. Dengan feature ini anda dapat mempromosikan produk yang anda masukkan di dalam Shopee. Selain dari itu, anda juga dapat melihat data jualan. Dengan data jualan, anda dapat mengukur pendapatan yang anda telah dapat dari jualan pada setiap bulan atau setiap minggu.

Memulakan perniagaan adalah bukan suatu perkara yang mudah, anda perlu sentiasa bersedia tentang sebarang kemungkinan yang akan berlaku semasa menjalankan perniagaan. Anda perlu sentiasa tahu tentang perkembangan semasa dalam dunia perniagaan.