Serlahkan Jenama Anda Dengan Air Waybill Branding

Serlahkan Jenama Anda Dengan Air Waybill Branding

Menjalankan perniagaan itu mudah, tetapi untuk memastikan jenama anda dikenali ramai itu bukan perkara yang mudah!

Jadi untuk memastikan jenama anda dapat dikenali di dalam kesibukan pasaran, anda boleh menggunakan tool-tool yang dapat menarik perhatian pembeli – Air Waybill Branding akan membantu jualan eCommerce anda!

Anda boleh membuat rekaan banner dan teks promosi khas dari anda sendiri dengan serendah RM0.10 untuk diletekkan di dalam setiap Air Waybill.

Teks Promosi Serendah RM0.10 Untuk Setiap Air Waybill

Banner Promosi Serendah RM0.15 Untuk Setiap Air Waybill

**Applicable for Pgeon Delivery, Pos Laju, Teleport, Skynet, Nationwide Express, ABX Express, CJ Logistics, UTS, Zepto, ZoomIT, Zepto Express, Ultimate Consolidators, Janio dan GoLog.

Ini adalah cara yang paling unik untuk meningkatkan jenama anda di mata dunia. Anda boleh memberitahu kepada pelanggan anda atau pun kepada sesiapa sahaja yang menerima parcel dari anda tentang promosi semasa yang sedang anda jalankan! Menarik kan? Ketahui cara untuk tingkatkan jenama dengan Air Waybill Branding anda sebelum pesaing anda ketahui rahsia ini!

Bagaimana Untuk Membuat Rekaan Khas Air Waybill Branding Anda?

Langkah 1 : Pergi ke “Marketing Tools” dan klik pada “AWB Branding”

Langkah 2 : Anda boleh memilih samada format teks (RM0.10) atau banner (RM0.15)

Langkah 3: Setelah teks/banner telah tersedia, anda boleh klik pada “Save Changes” dan aktifkan dengan klik pada “Insert branding in Air Waybill” pada bahagian atas di sebelah kanan.

Langkah 4: Apa yang anda perlu lakukan sekarang ini hanyalah tunggu pengesahan dari pihak EasyParcel.

Langkah 5: Setelah AWB anda telah disahkan oleh pihak EasyParcel, anda dengan mudah dapat mengaktifkan ia pada slot tempahan di dalam EasyParcel.

You could be offering the best new product or service in the world, but all of us know how tough it can be to get the words out. 📢 With the help of our new marketing tool –  Air Waybill Branding , you can easily deliver the key message to a mass audience by putting promotional content on your AWB from as low as RM0.10 only!

Find out more: http://bit.ly/awb-branding

Terma & Syarat:

  • Semua isi kandungan yang telah anda wujudkan untuk tujuan pemasaran anda di bawah Marketing Tools EasyParcel mestilah TIDAK:
    – Produk atau perkhidmatan yang terlarang
    – Perkara diskriminasi
    – Produk ganja & alkohol
    – Dadah & produk yang berkaitan dengan dadah
    – Senjata, peluru, or barang mudah letup
    – Produk, perkhidmatan & kandungan orang dewasa
    – Kandungan yang berunsur keganasan
    – Kandungan politik, keagamaan dan bersifat kekauman
    – Kandungan yang mengelirukan dan salah
    –Bahasa kemanusiaan dan kesat
    – Perjudian
    – Produk atau perkhidmatan palsu
    – Produk dan perkhidmatan kewangan yang dilarang
    – Kandungan kontroversi
  • Semua kandungan akan disemak oleh pihak EasyParcel dan pengesahan akan diberikan dalam masa 24 – 48 jam waktu bekerja.
  • Hanya Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sahaj dibenarkan untuk semua Marketing Tools EasyParcel – kecuali untuk Custom Tracking Email. (Bahasa Mandarin dan emoji disokong)
  • TIADA pulangan semula akan diberikan:
    – Setelah bayaran untuk Marketing Tools EasyParcel selesai
    – Jika rekaan tidak menepati garis panduan kami
    – Untuk hari yang tidak dapat dilengkapkan kerana rekaan tidak menepati garis panduan kami
×
10.10 Super Rewards Fiesta