[TIPS] 5 Tool Yang Akan Membantu Tingkatkan Trafik Di Sosial Media

[TIPS] 5 Tool Yang Akan Membantu Tingkatkan Trafik Di Sosial Media

Dengan adanya rancangan pemasaran yang hebat dari anda, sudah tentu akan membantu perniagaan anda meningkat lebih maju. Tetapi dengan menjalankan perniagaan pada era teknologi zaman kini, tidak cukup untuk anda melakukan pemasaran secara tradisional, anda juga perlu tahu bahawa sebenarnya banyak “tools” yang boleh digunakan untuk membantu pemarasan perniagaan. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Apakah "Tools" Yang Akan Membantu Pemasaran Perniagaan Anda?

1) Hootsuite

Fungsi Hootsuite sangat berkesan kepada peniaga yang mempunyai perniagaan atas talian dan menjual produk di sosial media seperti Twitter, Facebook, Instagram dan lain-lain. Dimana, dengan menggunakan aplikasi ini anda dengan mudah dapat merancang “posting” anda pada setiap masa.

Selain itu, yang paling menarik dalam Hootsuite ini adalah, anda dapat melihat dan menganalisis data sosial media supaya anda boleh membuat penambaikan dalam pemasaran di sosial media.

Data yang anda dapat di Hootsuite adalah berdasarkan trafik di post yang dilakukan di sosial media. Menarik kan? Jadi bagaimana anda boleh menggunakan Hootsuite? Ikuti langkah dalam video di bawah :-

2) ManyChat

Apa yang penting di dalam perniagaan adalah apabila anda mampu konsisten untuk memberikan maklum balas kepada pelanggan anda. Jika maklum balas anda adalah cepat, maka anda akan menerima respon yang baik dari pelanggan. Tetapi adakah ia akan kekal lama jika anda mempunyai lebih ramai pelanggan?

Dengan adanya ManyChat ia akan membantu anda untuk memberikan maklum balas secara automatik kepada semua pelanggana anda dengan sangat pantas. Maklum balas yang konsisten dan pantas akan mampu untuk mendapatkan trafik yang tinggi ke dalam sosial media anda.

Jadi apakah ManyChat ini? Ia adalah Facebook Messenger Bots yang membolehkan anda berkomunikasi dengan pelanggan secara automatik dan bertujuan untuk pemasaran, penjualan dan juga sebagai khidmat pelanggan kepada perniagaan anda.

Anda boleh menarik lebih ramai pelanggan dengan feature mereke iaitu Flow Builder. Dengan Flow Builder anda boleh membuat rekaan untuk mesej yang anda ingin sampaikan atau berkomunkasi dengan pelanggan. Lihat contoh gambar di bawah :-

Seperti yang anda lihat, gambar di atas menunjukkan bagaimana anda boleh membuat rekaan mesej kepada pelanggan anda. Dan juga anda perlu menyediakan jawapan untuk setiap mesej tersebut supaya pelanggan anda dapat terus berkomunikasi dengan perniagaan anda.

Anda juga boleh memilih samada inginkan dalam versi berbayar atau secara percuma. Terdapat perbezaan samada versi berbayar atau secara percuma. Lihat gambar di atas untuk maklumat lebih lanjut.

Ianya sangat efektif dan berkesan jika anda inginkan trafik yang tinggi di dalam sosial media! Lihat video di bawah untuk keterangan yang lebih lanjut:-

3) Buzzsumo

Trafik adalah amat penting kepada semua peniaga atas talian. Untuk mendapatkan trafik yang tinggi, salah satu caranya adalah apabila anda mempunyai topik yang menarik sebagai “posting” di sosial media atau blog perniagaan anda. Jadi bagaimana untuk sentiasa dapatkan idea dan bagaimana anda tahu bahawa topik tersebut adalah penting kepada pelanggan anda?

Oleh itu dengan adanya Buzzsumo, anda boleh mendapatkan topik-topik untuk penulisan di media sosial yang terkini dan penting kepada pelanggan anda.

Ya! Apa yang menarik adalah, anda boleh ketahui “engagement rate” untuk setiap topik mengikut sosial media. Lihat gambar di bawah sebagai contoh:-

Sumber: Buzzsumo

Sumber: Simpletivity

4) Marketing Tools - Tracking Emel Khas & Air Waybill Branding

Marketing tools menunjukkan prestasi yang baik kepada semua peniaga atas talian. Lebih daripada 60% peniaga yang menggunakan marketing tools berjaya mendapatkan trafik ke dalam sosial media yang tinggi. Jadi bagaimana ini berfungsi? Teruskan membaca:-

Tracking Emel Khas

Tracking Emel Khas adalah satu inisiatif dari EasyParcel untuk membantu peniaga atas talian di luar sana mendapatkan jualan yang tinggi dan pada masa yang sama dapat tingkatkan trafik sosial media.

Oleh kerana pemasaran pada masa kini adalah berasaskan teknologi, jadi Tracking Emel Khas khususnya adalah inisiatif yang baik untuk anda bergerak lebih maju dari pesaing perniagaan anda. Di bawah ini adalah gambar yang ditunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan Tracking Emel Khas untuk memasukkan link sosial media:-

Di dalam templat Tracking Emel Khas, anda boleh memasukkan pautan untuk pelanggan terus ke sosial media anda, jadi kebarangkalian untuk anda mendapatkan trafik yang tinggi di dalam sosial media adalah tinggi.

 

Air Waybill Branding

Motif dan juga matlamat Air Waybill Branding dicipta adalah sama seperti Tracking Emel Khas iaitu untuk membantu semua peniaga atas talian mengurangkan kos pemasaran tetapi pada masa yang sama dapat meningkatkan jualan.

Kos digital yang semakin hari semakin meningkat sudah tentu akan membebankan peniaga atas talian. Jadi ini adalah salah satu inisiatif yang boleh diambil oleh semua peniaga atas talian. Lihat video di bawah bagaimana Air Waybill Branding berfungsi:-

Sebagai contoh, anda boleh memasukkan QR kod atau nama sosial media anda untuk mendapatkan perhatian lebih ramai pelanggan. Dan sudah tentu dengan adanya QR kod, ia akan mencipta kebarangkalian yang tinggi untuk pelanggan ikuti laman sosial media anda. Dan sudah tentu akan mencipta trafik yang sangat tinggi! Lihat contoh AWB di bawah:-

5) Canva

Tidak dinafikan bahawa gambar dan video menjadi “trending” pada era teknologi sekarang. Satu data di Twitter menunjukkan bahawa, tweet dengan gambar mendapat lebih dari 18% klik, 89% “favorites” dan 150% “retweets”. Jadi data ini jelas menunjukkan bahawa gambar menjadi lebih berkuasa pada zaman kini, khususnya kepada peniaga atas talian.

Dengan adanya Canva, satu aplikasi untuk mengubahsuai gambar/video dan mendapatkan templat yang sangat simple dan sesuai untuk semua pengguna khususnya kepada perniagaan atas talian. Dengan gambar yang menarik, sudah tentu ia akan menarik perhatian pengguna laman sosial. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan trafik di sosial media.

 

Sumber: SitePoint

Video di atas menunjukkan bahawa bagaimana Canva dapat menghidupkan trafik di laman sosial anda dengan templat yang menarik dan dengan feature yang menarik di dalamnya. Anda bukan sahaja boleh memuat naik gambar yang berkaitan dengan perniagaan, malah gambar atau video seperti tips dan sebagainya juga adalah penting.

Jelas kan? Nantikan tips-tips yang seterusnya dari kami!

Haven’t Join EasyParcel?

Shipping newbie? No worries! EasyParcel welcomes you with a sweet FREE RM10 for your first shipment. And that’s just the beginning! Sign up today and join the fun!

×
10.10 Super Rewards Fiesta