[TIPS] Emoji: Professional Atau Tidak Jika Gunakan Emoji Semasa Komunikasi Dengan Pelanggan?

[TIPS] Emoji: Professional Atau Tidak Jika Gunakan Emoji Semasa Komunikasi Dengan Pelanggan?

Ramai peniaga “online” diluar sana yang menggunakan emoji di dalam setiap “posting” atau apabila mereka berkomunikasi dengan pelanggan. Emoji memang dapat membuatkan “posting” anda kelihatan menarik dan sudah tentu pelanggan akan lebih tertarik untuk membaca.

Persoalannya sekarang, adakah ia akan lebih kelihatan profesional dan wajar digunakan sebagai satu teknik pemasaran di dalam perniagaan anda? Jawapannya adalah YA! Sudah tentu ia wajar digunakan, kerana apa? Ketahui sebab mengapa emoji sangat penting di dalam perniagaan anda dan bagaimana ia boleh menarik pelanggan anda di entri ini.

Mengapa Emoji Penting?

1. Menunjukkan Keperibadian Perniagaan Anda

Nama perniagaan akan menunjukkan personaliti perniagaan tersebut, tetapi anda perlu tahu bahawa semua pembeli akan melakukan pembelian dari manusia dan bukan dari perniagaan sahaja. Jadi apa yang penting disini adalah komunikasi dengan pelanggan anda. Dengan adanya emoji, ia akan membuatkan perniagaan anda kelihatan lebih realiti dan mudah didekati. Jadi dengan adanya emoji, ia akan ekspresikan emosi sebenar seseorang itu. Lihat contoh gambar di bawah, ia menunjukkan bagaimana My Lara Skincare meletakkan emoji di “posting” di Instagram :-

Sumber: beautyhq_official 

2. Serlahkan Imej Jenama Anda

Serlahkan imej jenama anda dengan emoji yang bersesuaian. Sebelum kami berikan penjelasan yang lebih baik, anda perlu tahu juga apa jenis perniagaan yang sedang anda jalankan. Ini kerana, tidak semua perniagaan sesuai untuk menggunakan emoji. Sebagai contoh jika anda menjalankan perniagaan yang tidak berunsurkan privasi dan lebih kepada atas talian seperti jualan baju, kasut, tudung dan sebagainya, maka ia sesuai. Tetapi jika anda menjalankan perkhidmatan yang berkaitan dengan privasi pelanggan seperti kes penceraian dan sebagainya, mungkin emoji kurang sesuai untuk digunakan di dalam “posting”.

3. Strategi Untuk Tingkatkan "Engagement"

Sudah tentu ia dapat tingkatkan “engagement” post di sosial media anda. Bagaimana ini terjadi? Kerana kebanyakan pengguna lebih suka untuk klik dan juga komen pada post dengan menggunakan emoji. Pastikan juga anda menggunakan emoji yang bersesuaian dan mencerminkan mesej dari jenama anda.

Personal Shopper memainkan peranan yang penting di dalam komen. Mereka akan menunjukkan imej yang baik kepada jenama anda. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan “engagement” dengan pelanggan. Dengan komen-komen yang menunjukkan realiti dan bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan.

4. Eratkan Hubungan Perniagaan Dengan Pelanggan

Sudah tentu, dengan emoji ia akan mengeratkan hubungan dengan pelanggan anda. Setiap pelanggan akan merasa lebih selesa untuk berkomunikasi dan membeli produk atau servis dari anda jika anda melayan mereka dengan baik dan menunjukkan emosi yang baik. Dan salah satu darinya adalah dengan meletakkan emoji seperi senyuman (?), cinta (❤️) dan sebagainya.

TIPS! Tetapi apa yang anda perlu tahu terlebih dahulu adalah kenali watak pelanggan anda. Ketahui cara mereka terlebih dahulu sebelum anda bertindak menjadi mesra dengan mereka. Ini kerana, ada sesetengah pelanggan tidak selesa apabila orang yang mereka tidak kenali datang untuk bermesra dengan mereka. Mereka juga tidak tahu niat anda adalah untuk mengeratkan hubungan antara penjual dan pelanggan. Hati-hati ya!

Sebagai contoh di dalam gambar di atas, seorang peniaga atas talian (Instagram) mendapatkan “feedback” dari pelangganya. Komunikasi antara penjual dan pelanggan itu adalah penting kerana ia dapat mewujudkan hubungan yang baik.

5. Mengembangkan Maksud Ayat dan Mewujudkan Imaginasi

Setiap post di sosial media akan kelihatan lebih menarik dengan adanya emoji. Tetapi anda perlu tahu peranan emoji yang sebenar adalah untuk mengembangkan maksud ayat dan juga memberikan imaginasi kepada audien tentang ayat tersebut. Tidak perlu gantikan ayat dengan emoji kerana ayat tersebut akan kelihatan seperti tergantung. Pastikan setiap emoji yang digunakan dapat memenuhi citarasa audien apabila membaca dan juga yang penting sekali, dapat memberikan imej yang baik terhadap jenama anda.

Jika Menggunakan Laptop Bagaimana Untuk Mendapatkan Emoji?

Jangan risau, anda juga boleh mendapatkan emoji dan sudah tentu secara percuma. Anda boleh menggunakan Get Emoji . Apa yang anda perlu lakukan adalah cari emoji yang anda ingin gunakan kemudian “copy” dan “paste” pada sosial media “post” anda! ??

Menarik bukan? Kepada anda yang telah menggunakan teknik emoji ini, teruskan usaha anda! Tetapi kepada anda yang masih tidak memulakannya, apa tunggu lagi? Terdapat lebih dari 100++ emoji secara percuma di luar sana yang sudah tentu akan bersesuaian dengan mesej yang anda ingin sampaikan. Gunakannya sekarang!

Haven’t Join EasyParcel?

Shipping newbie? No worries! EasyParcel welcomes you with a sweet FREE RM10 for your first shipment. And that’s just the beginning! Sign up today and join the fun!

×
10.10 Super Rewards Fiesta