Samada anda baru nak mula berniaga ataupun dah agak lama berniaga, anda pasti inginkan sale yang tinggi kan? Dan ada hari-hari yang sale agak slow dan anda cuba cari cara meningkatkan jualan perniagaan anda agar sentiasa konsisten.
Ada macam-macam strategi yang anda dah dengar dan buat, tapi, jika salah teknik, masa dan wang boleh jadi sia-sia saja. So, bagi perniagaan yang kecil, peniaga mestilah sentiasa mencari strategi yang terbaik dalam pemasaran dan jualan. Tetapi agak mustahil untuk kuasai semuanya pada permulaan perniagaan, betul?
Jadi, jom ikut 5 tips meningkatkan jualan bagi perniaga yang baru nak mulakan perniagaan.
Contents
1. Fahami pelanggan anda. Letakkan diri anda sebagai pelanggan
Sebagai seorang perniaga, pastinya anda juga seorang pelanggan kepada peniaga lain kan? Anda pasti gembira apabila anda mendapat servis yang baik dari peniaga. Kadang kala, anda cenderung untuk beli dari peniaga yang sama hanya kerana servis yang diberikan.
Oleh sebab itu, anda perlu yakinkan pelanggan yang anda bukan seller biasa-biasa yang cuma ingin keuntungan, tetapi, seorang yang prihatin terhadap kepentingan dan kebaikan yang pelanggan anda akan peroleh. Dengan berbuat demikian, pelanggan akan merasa yang anda peniaga yang bagus dan bermungkinan tinggi untuk promote produk atau servis anda kepada yang keluarga dan kawan-kawannya.
Ambil contoh Umobile. Mereka lebih fokus pada kelebihan yang pelanggan mereka dapat iaitu servis 4G lebih meluas; bukan setakat fokus kepada harga pakej.
2. Menambah baik kualiti dengan mendengar maklum balas pelanggan
“Pelanggan merupakan raja dalam perniagaan” atau yang selalu kita dengar “customers always right.” Dua slogan ini menggambarkan betapa pentingnya pelanggan kepada peniagaan. Makanya, mendengar maklum balas pelanggan merupakan satu strategi terbaik untuk menambah baik kualiti produk atau servis sekaligus dapat tarik lebih ramai pelanggan.
Anda akan peroleh kepercayaan pelanggan apabila pelanggan tahu anda mengambil berat setiap maklum balas yang diberi. Sebagai contoh, anda boleh membuat borang maklum balas selepas pembelian, atau buat undi di laman sosial untuk menentukan produk yang mana perlukan penambahbaikan.
3. Pasarankan produk anda sebelum pengeluaran
Ramai peniaga beranggapan bahawa hanya boleh pasarkan produk mereka apabila produk itu siap sepenuhnya. Ini adalah satu kesilapan yang besar. Hal ini kerana peniaga harus menarik pelanggan yang berpontesi semasa proses pembuatan.
Peniaga boleh membuat kempen atau teaser untuk mengumumkan produk peniaga. Peniaga juga boleh promote kelebihan produk yang bakal dipasarkan.
Dengan berbuat demikian, apabila produk siap, anda boleh membuat forecast tentang pelanggan yang sudah tentu berminat dengan produk atau servis anda. Contohnya seperti Beautyra Official. Setiap produk baru yang merekan ingin pasarkan akan diberi hint dalam laman sosial terlebih dahulu.
Sebenarnya, teknik pemasaran yang baik dapat memberi impak yang besar dalam kesedaran brand anda dan tentu sekali dapat jana jualan perniagaan yang tinggi!
Source: BeauTyra Instagram
4. Jadi kreatif dan berfikir di luar kotak
Dalam pemasaran, menjadi kreatif itu sangat penting. Peniaga boleh mencipta slogan atau nama produk yang dapat menarik perhatian pelanggan. Untuk memperkuatkan jenama anda, cuba lakukan live video kerap kali, posting di group Facebook, ataupun iklan di Facebook dan Instagram.
Sebagai contoh, ahli peniagaan terkenal, Dato Alif Syukri dimana setiap kali produk baru yang dilancarkan, beliau akan membuat iklan ataupun nyanyian yang menangkap perhatian pelanggan sehingga video beliau menjadi viral dan ramai youtubers serta artis yang membuat parody tentangnya. Source: YouTube Hits Gempak!
5. Memberi kelebihan bagi pelanggan setia
Pastikan peniaga follow up dengan pelanggan supaya pelanggan tidak lari. Bila selalu follow up, anda akan peroleh pelanggan yang setia.
Secara tak langsung, mereka juga akan sebarkan produk anda kepada orang lain. Pemasaran yang paling kuat adalah penyebaran dari seorang pelanggan kepada orang lain ataupun “Mouth to mouth marketing”.
Sebagai contoh, AWB branding dalam EasyParcel. Seller boleh letakkan banner atau text custom di Air Waybill mereka. Antara contoh nak gunakan feature ini, peniaga boleh letakkan promo kod, mencari agen, pemberitahuan referral program, mega sales yang bakal dijalankan dan macam-macam lagi! Ini secara tidak langsung dapat membantu seller untuk kuatkan branding mereka.
BONUS Tip: Pastikan After-Sales Service Mantap!
Macam mana nak bagi after-sale service mantap? Tapi sebelum tu, apa tu after-sale service? Maksudnya, servis anda untuk pelanggan selepas pelanggan dah membeli dari anda.
Ha, takkan nak biar saja pelanggan pergi tanpa memberi layanan yang baik walaupun dah habis jual beli. Sebenarnya, kat sini la lubuk duit yang ramai peniaga sia-siakan. Kenapa? Sebab mereka cuma fikirkan untuk hari tu saja jualannya.
Tapi bukan anda. Anda adalah seorang peniaga yang berfikiran jauh. So, apa layanan yang boleh anda lakukan untuk terus tambat hati pelanggan?
Kalau peniaga online anda boleh:
- Bungkus dengan kemas, rapi dan selamat supaya bila sampai kat customer, barang yang diorang order tu selamat.
- Masa nak pack order customer tu, boleh la letak kad terima kasih, bagi free gift, nak2 free gift yang sesuai pulak dengan barang yang customer beli tu.
- Dah pack, hantar cepat-cepat ke kurier supaya barang tu cepat juga sampai kat customer. (Customer walaupun beli online, kalau boleh diaorang nak barang tu sampai dalam 1 hari)
- Bila barang dah ada kat abang kurier, Whatsapp tracking number kat customer. (sebab customer ni memang ada satu perasaan yang tak boleh nak cerita masa tunggu barang dia sampai)
- Bila barang dah sampai, mesej je customer tanya barang tu okay ke, communicate dengan customer tentang experience dia – bonus step ni kalau anda buat mesti customer happy sebab tak ramai peniaga buat ni.
Sebenarnya, ada pelbagai lagi cara meningkatkan jualan perniagaan yang boleh anda ikut . Walau apa jua tip dan cara yang anda ikut atau cuba, yang paling penting bagi seorang peniaga adalah konsisten.
Kami harap dengan tip yang kami sediakan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda meningkatkan jualan perniagaan anda.
Kalau nak customer happy dengan after-sale service anda, boleh join EasyParcel. Dekat sini, kami compare semua kurier kat Malaysia ni untuk harga paling rendah ikut kawasan mana yang anda nak hantar. So, tak payah la anda nak kena compare sendiri rate kurier tu. And, anda pon tak perlu susah-susah nak pergi beratur kat kedai kurier nak hantar barang customer.
Just pilih kurier yang anda nak kat EasyParcel, then kurier tu akan pergi ambil kat rumah/kedai atau mana-mana tempat yang anda nak. And, paling penting FREE je pick up (walaupun anda nak hantar 1 barang).
Boleh daftar akaun dulu (FREE) then dapat kupon diskaun sejumlah RM10 untuk anda start book penghantaran. Senang je lepas ni.