Bagaimana Cara Untuk Menambah Nilai Kredit EasyParcel Anda?

Bagaimana Cara Untuk Menambah Nilai Kredit EasyParcel Anda?

EasyParcel menggunakan sistem pra pembayaran (prepaid) untuk memudahkan anda membuat pembayaran bungkusan. Jadi anda tak perlu untuk bazirkan masa untuk keluarkan wang tunai atau bayar melalui atas talian lagi. Hanya tambah nilai dan bila anda ingin hantar bungkusan kepada pelanggan, hanya perlu klik dan hantar!

Jadi, Bagaimana Cara Untuk Tambah Nilai? Ini Adalah Caranya!

LANGKAH 1: Log masuk ke laman web anda, klik pada “Akaun” dan klik pada “Tambah Nilai”

LANGKAH 2: Pilih mana-mana pakej tambah nilai yang anda ingin gunakan dan klik pada “Dapatkanlah Sekarang”.

LANGKAH 3: Anda boleh pilih samada samada ingin lakukan tambah nilai secara dalam talian/kad kredit atau bayar di kedai yang berhampiran anda seperti 7-Eleven.

Untuk tambah nilai luar talian, rujuk DISINI untuk maklumat yang lebih lanjut.

Kredit EasyParcel sah sehingga 365 hari dari tarikh anda daftar dan tambah nilai dan juga yang lebih menarik lagi adalah anda dapat jimat dengan setiap penghantaran melalui EasyParcel.