Kelebihan Menggunakan Paid Partnership Dalam Instagram Untuk Online Seller & Influencer

Kelebihan Menggunakan Paid Partnership Dalam Instagram Untuk Online Seller & Influencer

Anda mesti perasan semasa anda scroll feed atau story Instagram dan terjumpa gambar influencer, ada sesetengah influencer yang post & tag jenama di gambar dan caption sahaja untuk post review, dan ada influncer yang tag sebagai Paid Partnership di mana selalunya akan kelihatan di bawah username atau di bawah lokasi gambar anda. Contohnya “Paid partnership with [Nama bisnes]” seperti di bawah:

Apakah perbezaan jika influencer hanya tag biasa dan tag sebagai Business Partnership di Instagram? Jom saya terangkan fungsi Paid Partnership yang pasti selepas ini jika anda pemilik bisnes online atau influencer akan menggunakannya.

Fungsi & kebaikan Paid Partnership dalam Instagram

Influencer

Fungsi Paid Partnership dalam Instagram adalah untuk influencer tag jenama yang mereka buat review sebagai rakan bisnes. Ini akan meningkatkan lagi kepercayaan kepada pengguna kerana nampak lebih profesional, tulus & jelas. Dengan ini, influencer boleh dilihat oleh pemilik bisnes lain sebagai influencer yang disponser oleh pelbagai jenama, secara tidak langsung dapat naikkan kredibiliti influencer.

Pemilik bisnes online

Bagi bisnes online pula, sangat bagus kerana anda boleh dapat lihat terus insight untuk setiap posting yang anda berurusan dengan influencer. Tak kira sama ada post feed atau post story. Bagi story data boleh dilihat sehingga 14 hari dari hari posting. Mempunyai akses kepada data dapat membantu anda menganalisis kempen/review yang anda jalankan di Instagram dan juga dapat menentukan influencer yang sesuai untuk kempen yang akan datang dan dapat jangkakan ROI untuk setiap influencer. 

Cara Untuk Gunakan Fungsi Paid Partnership

Influencer

Tag rakan bisnes pada feed posting anda.

1. Bagi post feed, pergi ke advance setting di bawah page creation
2. Tap pada “Tag Business Partner” untuk mula mencari jenama rakan bisnes yang review
3. Cari rakan bisnes yang anda review. Rakan bisnes yang anda perlukan kebenaran untuk tag akan kelihatan warna kelabu. Tap pada nama rakan kurier untuk tag.
4. Bagi rakan bisnes yang memerlukan kebenaran, tunggu atau beritahu rakan bisnes anda untuk membenarkan.

Bagi yang terlupa untuk tag sebelum anda post, jangan risau. Anda boleh tag paid partnership megikut langkah di bawah

Tag rakan bisnes pada story posting anda.

1.Untuk stories, pergi ke icon toolbar selepas anda muat naik gambar atau video sebelum anda post.
2. Tap pada link ikon untuk lihat pilihan untuk tag rakan bisnes anda. Bagi sesetengah Influencer, anda boleh juga menambah URL.
3. Cari business partner anda.

Pemilik bisnes online

Selepas anda diberi akses kepada fungsi ini, anda perlu memberi kebenaran untuk influencer tag anda. Caranya adalah seperti berikut.

1. Pergi ke setting
2.  Scroll di bawah dan pilih Business.
3. Pilih Branded Content
4. Turn on Manual Approve Tags untuk anda manual benarkan influencer tag anda sebagai Paid Partnership. Jika anda nak tambah awal influencer yang bakal anda benarkan untuk tag Paid partnership, tambah di Approved Business Partner.

2. Analisis prestasi brand content

Selepas jenama content anda disiarkan, anda akan boleh semak sendiri insight organik dalam “Branded Content” tab di Facebook page Insight. Anda harus mempunyai FB page untuk anda ada business profil Instagram.

Langkah 1: pergi ke halaman Insight

Langkah 2:  Pergi ke Brand Content

Langkah 3: Di sini anda boleh analisis insight berdasarkan story atau feed posting. Jika Feed anda boleh lihat seperti Reach, Impression, Audience dan pelbagai lagi. Anda juga boleh export semua data masuk ke dalam excel.

Untuk instagram stories, gambar/video  yang di tag dengan Paid partnership, anda boleh lihat insight dan metric seperti reach, taps forward, taps backward, replies dan exits sehingga 14 hari. Bagi post feed adalah selama-lamanya.

Fungsi Paid Partnership sangat bagus untuk meningkatkan kepercayaan pengguna, influencer dan juga jenama anda. Fungsi ini sama seperti swipe up dimana memerlukan anda mempunyai lebih 10 ribu follower ya. Gunakan kelebihan yang ada untuk dapat lebih data dan kelihatan lebih profesional.

Haven’t Join EasyParcel?

Shipping newbie? No worries! EasyParcel welcomes you with a sweet FREE RM10 for your first shipment. And that’s just the beginning! Sign up today and join the fun!

×
10.10 Super Rewards Fiesta