Rumah kebajikan terjejas teruk kerana pendemik yang masih lagi belum reda. Rumah kebajikan bergantung hampir sepenuhnya sumbangan dari orang awam untuk beroperasi bagi makanan, bahan pembersihan dan gaji pekerja. Tetapi tidak dapat dielakkan bahawa jumlah sumbangan telah menurun dengan ketara pada tempoh yang sukar ini.
Bukan itu sahaja, kos operasi bagi rumah kebajikan ini telah meningkat kerana perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga. Menurut Free Malaysia Today, kos operasi bulanan untuk sesebuah rumah kebajikan adalah sekitar RM50,000 dan SOP COVID-19 telah menambah kos tambahan bill sebanyak RM8000.
Oleh sebab itu, rumah kebajikan sangat memerlukan sumbangan . Kami telah memutuskan untuk membantu 2 badan kebajikan untuk membantu warga emas dan komuniti terencat akal iaitu: Pertubuhan Pusat Jagaan Warga Tua Damai dan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Malaysia – dan semestinya anda dijemput untuk menyertai kami dalam misi bantuan untuk badan kebajikan di atas.
Gambar Dari: Pertubuhan Pusat Jagaan Warga Tua Damai
Tiada insan yang boleh buat semuanya tetapi setiap orang boleh mengambil satu tindakan. Dengan mata EasyReward yang diperolehi, kita boleh membuat sumbangan bersama. Ini adalah langah untuk anda membuat sumbangan melalui Amal EasyReward.
Langkah 2: Pergi ke “Ganjaran” > “EasyReward’

Langkah 3: Anda boleh memilih untuk menyumbang sama ada kepada Pertubuhan Pusat Jagaan Warga Tua Damai atau Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Malaysia. Tambahan lagi, kami menyediakan 2 pilihan iaitu 200 dan 2000 mata EasyReward ( Setiap 100 mata EasyReward boleh ditukar kepada derma RM1).

Mata terkumpul EasyReward akan ditukar kepada tunai dan didermakan ke Pertubuhan Pusat Jagaan Warga Tua Damai dan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Malaysia bagi keperluan harian dan kecemasan.
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima, jadi jom sama-sama berganding bahu membantu warga emas dan golongan istimewa ini sehingga 31 Julai 2021!
Singapore
Thailand
Indonesia


