Nikmati Sehingga 4 Bulan Ansuran Tanpa Faedah Untuk Tambah Nilai Anda

Nikmati Sehingga 4 Bulan Ansuran Tanpa Faedah Untuk Tambah Nilai Anda

Berbekalkan misi memperjuangkan perniagaan kecil untuk berkembang  📈 tanpa perlu risau tentang penghantaran bungkusan, kami melancarkan pakej tambah nilai eksklusif dengan pilihan pembayaran baru – secara ansuran. 🥳

Selain dari pilihan pembayaran konvesional seperti perbankan atas talian, kad dan e-wallet yang memerlukan bayaran pendahuluan penuh, sekarang anda boleh membahagikan pembayaran anda ke maksimum 🔥 4 bulan ansuran pada kadar faedah 0% 🔥dengan Atome, Hoolah, dan Grab PayLater!

Langkah Baru & Bijak Untuk Tambah Nilai

Icon for Buy Now Pay Later - financial flexibility

Nikmati fleksibiliti kewangan yang lebih hebat dengan membayar minimum 1/4 dari jumlah keseluruhan secara bulanan

 
Icon for Buy Now Pay Later - zero interest

0% faedah dan tiada caj tambahan bila anda bayar tepat pada masanya

 
Icon for Buy Now Pay Later - instant spending limit

Sehingga RM5,000 had berbelanja segera untuk anda dapatkan kadar kurier yang lebih baik pada bila-bila masa.

 

Pakej Tambah Nilai Eksklusif Dengan Pembayaran Ansuran

Pakej EasyParcel RM1,288 juga merangkumi:

Kredit EasyParcel 

RM1,000

Kadar Promo Eksklusif

RM5.00 (0.1-3kg)

RM5.89 (0.1 – 3kg)  

RM5.99 (0.1 – 3kg)

… dan banyak lagi!

**Kadar promo di atas tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Semak kadar promo terkini di sini. 

Tempoh Kadar Promo

12 bulan 6 bulan

Percuma Bahan Pembungkusan

100 helai EasyParcel flyer atau transparent pouch mengikut pilihan anda

Alat

1 EasyParcel Lite thermal printer bernilai RM439 untuk pencetakan sticker air waybill

 

Mata EasyReward

1,288 mata untuk tebus ganjaran eksklusif

Bagaimana Untuk Tambah Nilai Secara Ansuran Dengan Atome? 🤔

EasyParcel Atome Tutorial Step 1

**Leret kanan ➡ untuk lihat panduan langkah demi langkah

Langkah 1
Terus ke laman tambah nilai EasyParcel, tekan “Dapatkanlah Sekarang” pada pakej RM1,288

Langkah 2
Pada tetingkap pembayaran, tekan instalment kemudian pilih Atome sebagai kaedah pembayaran.

Langkah 3
 Lengkapkan info anda dan tekan “Sambung Pembayaran”.

Langkah 4
Pilih “Bayar menggunakan Atome app”, log masuk ke akaun Atome anda dan lakukan pembayaran pertama.

📢Nikmati DISKAUN RM15 untuk pembelian pertama anda dengan memuat turun aplikasi Atome. Sah bagi pengguna BARU Atome sahaja.

Setelah anda berjaya mencipta dan mengesahkan akaun Atome anda, baucar akan ditambah dalam akaun anda secara automatik.

Tekan “Baucar/Kod Promo” dan pilih RM15 DISKAUN baucar pada halaman keluar Atome untuk menikmati diskaun! 😉

EasyParcel Hoolah Tutorial 1

**Leret kanan ➡ untuk lihat panduan langkah demi langkah

Langkah 1
Terus ke laman tambah nilai EasyParcel, tekan “Dapatkanlah Sekarang” pada pakej RM1,288

Langkah 2
Pada tetingkap pembayaran, tekan instalment kemudian pilih Hoolah sebagai kaedah pembayaran.

Langkah 3
Lengkapkan info anda dan tekan “Sambung Pembayaran”.

Langkah 4
Log masuk ke akaun Hoolah dan lakukan pembayaran pertama.

📢 Nikmati DISKAUN RM20 untuk pembelian pertama anda melalui Hoolah. Sah bagi pengguna BARU Hoolah sahaja.

Setelah anda berjaya mencipta dan mengesahkan akaun Hoolah anda, baucar akan ditambah dalam akaun anda secara automatik.

Tekan “Guna Baucar” dan pilih RM20 DISKAUN baucar pada halaman keluar Hoolah untuk menikmati diskaun! 😉

EasyParcel Hoolah Tutorial 1

**Leret kanan ➡ untuk lihat panduan langkah demi langkah

Langkah 1
Terus ke laman tambah nilai EasyParcel, tekan “Dapatkanlah Sekarang” pada pakej RM1,288

Langkah 2
Pada tetingkap timbul pembayaran, tekan instalment kemudian pilih Grab PayLater sebagai kaedah pembayaran.

Langkah 3
Lengkapkan info anda dan tekan “Sambung Pembayaran”.

Langkah 4
Log masuk ke akaun Grab anda. Pada kaedah bayaran, anda boleh pilih untuk membayar secara 4 bulan ansuran – Langkah 4(a) atau bayar jumlah penuh pada bulan seterusnya – Langkah 4(b).

📢 Nikmati DISKAUN RM30 untuk pembelian anda melalui Grab PayLater. Sah bagi pengguna sedia Grab PayLater sahaja.

Guna kod: PLDEALS15

Guna kod promo di halaman keluar Grab untuk menikmati diskaun! 😉 Berlangsung sekarang sehingga 7 Julai 2022 atau bila ditebus sepenuhnya. Terhad kepada 1 penembusan bagi setiap akaun sahaja.

Soalan Lazim 💭

Adakah Saya Layak Untuk Tambah Nilai

Atome & Hoolah
Untuk menambah nilai secara ansuran di EasyParcel dengan menggunakan Atome & Hoolah, anda mestilah:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
  • Mempunyai Kad Pengenalan Diri Malaysia yang sah
  • Mempunyai alamat emel yang sah dah boleh disahkan
  • Mempunyai nombor mudah alih yang sah dan boleh disahkan yang dikeluarkan dengan nombor awalan Malaysia (+60) didaftarkan di bawah nama anda
  • Merupakan pemegang sah untuk kad debit/kredit yang akan digunakan untuk membayar pembelian anda

 

 

Grab PayLater
Untuk menambah nilai secara ansuran di EasyParcel dengan menggunakan Grab PayLater, anda mestilah:

  • Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
  • Merupakan pengguna sedia ada Grab dalam golongan Platinum, Gold atau Silver GrabRewards
  • Melakukan sekurang-kurangnya 3 transaksi Grab dalam bulan terbaru melalui tunai, kad kredit atau debit
  • Mempunyai tawaran Grab PayLater dari Grab dan mengaktifkannya pada aplikasi Grab anda

Sekiranya anda layak untuk PayLater, anda akan lihat PayLater di bawah Finance >  tab perkhidmatan kewangan pada aplikasi Grab anda.📱 Hanya aktifkan untuk menikmati pembayaran secara fleksibel!

 

 

Sekiranya anda tidak dapat lihat pilihan PayLater pada aplikasi Grab anda, maka ciri-ciri ini tidak tersedia untuk anda pada masa ini. 🙇🏻‍♀️Semua pengesahan dilakukan oleh pihak Grab.

Jangan risau kerana anda boleh memilih Atome atau Hoolah untuk menikmati ciri-ciri ansuran ini! 🙌🏻

Bagaimanakah jadual pembayaran dan jumlahnya dikira sekiranya saya menambah nilai secara ansuran?

Atome & Hoolah
Atome & Hoolah akan membahagikan bil 📜 anda kepada pembayaran 3 bulan dengan sama rata secara automatik. Pembayaran pertama perlu dibuat ketika daftar keluar, dan pembayaran ke-2 dan ke-3 akan ditolak secara automatik pada 2 bulan seterusnya.

Jadual pembayaran 3 bulan 📅 akan dipaparkan pada aplikasi Atome & Hoolah  ketika daftar keluar.

 

 

Grab PayLater
Terdapat dua pilihan pembayaran bagi Grab PayLater:

  1. PayLater Instalment
    Grab akan membahagikan bil 📜 anda kepada pembayaran 3 bulan dengan sama rata secara automatik. Pembayaran pertama perlu dilakukan ketika daftar keluar, manakala pembayaran ke-2, ke-3 dan ke-4 akam ditolak secara automatik pada 4 bulan seterusnya.
  2. PayLater Postpaid
    Tiada bayaran perlu dibuat pada ketika ini. Lengkapkan pembayaran anda hari ini dan bayar jumlah penuh pada bulan hadapan.

Jadual pembayaran 📅 seterusnya akan dipaparkan pada aplikasi Grab ketika daftar keluar.

Adakah saya perlu membayar bayaran tambahan sekiranya saya menambah nilai secara ansuran?

Jangan risau kerana tiada tambahan bayaran akan dikenakan ❌ apabila menggunakan pilihan pembayaran ansuran ini, dengan syarat pembayaran dilakukan tepat pada masanya ⏰

Atome & Hoolah
Pembayaran akan ditolak secara automatik dari kad yang telah anda tambahkan pada akaun anda.

 

 

Grab PayLater
Pembayaran akan ditolak secara automatik dari Dompet GrabPay anda. Sekiranya baki Dompet GrabPay anda tidak mencukupi, Grab akan menambah nilai Dompet GrabPay anda dari kad yang telah anda tambah pada akaun anda.

⚠ Sila pastikan kad 💳 yang anda tambah pada akaun Atome/Hoolah/Grab anda adalah sah dan mempunyai nilai mencukupi untuk melakukan penolakan automatik dengan berjaya pada tarikh pembayaran yang telah dijadualkan.

Apakah jumlah kredit dan kelebihan yang saya dapat setelah melengkapkan pembayaran pertama atau memilih untuk pasca bayar (Postpaid)?

Apabila anda telah melengkapkan pembayaran pertama melalui ansuran Atome/Hoolah/Grab PayLater atau jika anda pilih Grab PayLater Postpaid tanpa melakukan apa-apa bayaran pada halaman daftar keluar, anda akan mendapat RM1,000 kredit EasyParcel 💰 beserta dengan semua kelebihan dalam pakej EasyParcel RM1,288 yang dicatatkan di atas untuk memulakan tempahan penghantaran anda!🚛💻

Apakah had kredit saya?

Atome
Had kredit umum akan ditentukan oleh tetapan asal kad pembayaran 💳 yang anda tambah dalam akaun Atome anda.

Kad Pembayaran UtamaHad Kredit
Kad KreditRM5,000
Kad DebitRM1,500

Sebagai contoh, sekiranya anda menambah ➕ 1 kad kredit dan 1 kad debit pada akaun Atome anda, dengan kad debit sebagai kad utama, maka had kredit anda adalah RM1,500.

**Pengguna Atome mungkin mempunyai had kredit berbeza-beza bergantung kepada tingkah laku pembayaran balik 

 

Hoolah
Had kredit umum bagi pengguna Hoolah baru setelah mendaftar adalah RM1,600, tanpa mengira jenis kad yang anda tambah pada akaun Hoolah anda.

Had kredit akan berubah dari masa ke semasa sesuai dengan tabiat pembayaran balik dan profil pengguna, maka pengguna akan mempunyai had kredit yang berbeza.

Anda boleh semak had kredit anda di bawah: Payments > Overview pada aplikasi Hoolah anda. 📱

 

 

Grab PayLater
Untuk pengguna yang layak untuk Grab PayLater, anda akan diberikan jumlah PayLater unik dari Grab berdasarkan profil pengguna anda 💁🏻‍♀️📋 dan tindakan bayaran, yang mana akan berubah dari masa ke semasa.

Anda boleh menyemak had kredit anda di bawah Finance > Pay Later pada aplikasi Grab anda. 📱

 

Jumlah PayLater

Maksudnya
Jumlah TersediaJumlah maksima tersedia untuk digunakan bagi pembelian Postpaid atau Instalment

 

**Menunjukkan jumlah lebih tinggi di antara Instalment dan Postpaid

Jumlah PostpaidJumlah maksima yang boleh digunakan untuk pembelian Postpaid 
Jumlah Instalment

Jumlah maksima yang boleh digunakan untuk pembelian Instalment

**Jumlah ansuran tidak boleh dipindah untuk kegunaan Postpaid

Sebagai contoh, jumlah PayLater yang diberikan kepada anda adalah RM2,000 untuk Instalment dan RM400 untuk Postpaid. Jumlah Tersedia anda akan menunjukkan RM2,000 -kerana ianya jumlah tertinggi di antara Instalment dan Postpaid.

Sekiranya anda menggunakan RM500 untuk Instalment, jumlah baki yang tinggal adalah:
Jumlah Tersedia: RM1,500
Jumlah Postpaid: RM400
Jumlah Instalment: RM1,500

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya terlepas pembayaran yang telah dijadualkan?

Sekiranya penolakan automatik gagal pada hari pembayaran perlu dibuat, Atome/Hoolah/Grab akan membekukan akaun anda 🔒 dan anda tidak akan dapat melakukan pembelian baharu,

Untuk mengaktifkan semuala akaun anda 🔑, anda akan diminta untuk membayar keseluruhan jumlah tertunggak pada akaun anda, beserta bayaran pengurus/lewat bagi setiap bayaran tertunggak. Yuran pengurus/lewat akan dikenakan oleh setiap akaun seperti:

 

Atome

RM30 bagi setiap bayaran tertunggak

**tanpa mengira nilai tempahan

Hoolah 

RM75 bagi setiap bayaran tertunggak

**caj berdasarkan nilai jumlah tempahan RM1,288

Grab PayLater

RM10 bagi setiap bayaran tertunggak
**tanpa mengira nilai tempahan

  • Promosi ini terbuka untuk semua pengguna EasyParcel Malaysia, mulai dari 8 April 2022 dan seterusnya.
  • Kadar promo di atas hanya sah bagi tambah nilai EP20 dan ke atas mulai 12 April 2020 sehingga diberitahu kelak.
  • Pengguna yang menambah nilai pakej EasyParcel RM1,288 berhak mendapat semua kelebihan pakej yang dicatatkan di atas, tiada bilangan penembusan maksima bagi setiap pengguna yang dikawal selia. Contohnya, jika anda menambah nilai pakej EasyParcel RM1,288 dua kali, maka anda berhak untuk menerima 200 helai bahan pembungkusan mengikut pilihan anda dan 2 Lite Thermal Printer.
  • Untuk bahan pembungkusan percuma, pengguna perlulah memilih bahan pembungkusan yang digemari dan hantarkan permohonan di bawah laman Flyer Request di laman sesawang EasyParcel dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tambah nilai dibuat.
  • Bahan pembungkusan tersebut akan dihantar dalam tempoh 7 – 10 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  • Lite Thermal Printer akan dihantar ke alamat profil pengguna dalam tempoh 7 – 14 hari bekerja setelah tambah nilai dibuat tanpa perlu memohon secara manual. Pengguna mestilah memastikan alamat profil mereka dikemaskinikan bagi kerja-kerja penghantaran berjalan dengan lancar.
  • EasyParcel hanya menghantar bahan pembungkusan dan Lite Thermal Printer dalam Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Kesemua kelebihan yang datang bersama pakej EasyParcel RM1,288 adalah tidak boleh ditukar ganti kepada wang tunai mahupun kredit EasyParcel.
  • Pengguna perlulah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Atome/Hoolah/Grab PayLater untuk menambah nilai pakej RM1,288 secara ansuran.
  • Baucar DISKAUN RM15 hanya sah bagi pengguna Atome yang membuat pembayaran pertama melalui aplikasi Atome. Sekali bagi setiap akaun sahaja.
  • Untuk menikmati DISKAUN RM15, pengguna perlulah memuat turun aplikasi Atome dan menebus baucar di laman daftar keluar sebelum meneruskan pembayaran.
  • Baucar DISKAUN RM15 Atome hanya sah digunakan sehingga 31 Disember 2022.
  • Baucar DISKAUN RM20 Hoolah hanya sah bagi pengguna baru Hoolah yang melakukan pembelian pertama melalui aplikasi Hoolah ataupun laman sesawang. Sekali bagi setiap akaun sahaja.
  • Untuk menikmati DISKAUN RM20, pengguna perlu menggunakan baucar pada halaman keluar Hoolah sebelum meneruskan dengan pembayaran.
  • Baucar DISKAUN RM20 Hoolah mempunyai kesahihan 1 bulan setelah daftar dan pengesahan akaun berjaya. Contohnya, jika anda daftar dan sahkan akaun anda pada 17 Mei 2022, maka baucar tersebut sah untuk digunakan sehingga 16 Jun 2022.
  • Baucar DISKAUN RM30 Grab hanya sah bagi pengguna sedia ada Grab PayLater dari 6 Jun 2022 – 7 Julai 2022 atau apabila ditebus secara keseluruhan. Sekali bagi setiap akaun sahaja.
  • Untuk menikmati DISKAUN RM30, pengguna perlu menggunakan kod promo: PLDEALS15 pada halaman keluar Grab sebelum meneruskan dengan pembayaran.
  • Untuk Grab PayLater, mata GrabRewards yang diberikan kepada pengguna adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap keahlian Grab pengguna tersebut.
  • EasyParcel berhak untuk membatalkan, memansuhkan atau menggantung promosi ini.
  • EasyParcel berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk mengubah suai mana-mana Terma & Syarat atau informasi yang diberikan di atas dari masa ke semasa tanpa pemberitahuan awal.