[Tips] Cara Buka Kedai Shopee & Naikkan Jualan 2025

[Tips] Cara Buka Kedai Shopee & Naikkan Jualan 2025

Korang ada plan nak start jual barang kat Shopee tapi tak tahu macam mana nak mula? Jangan risau, artikel ni akan guide korang step by step cara buka kedai Shopee dengan mudah, plus tips macam mana nak boost sales korang tahun 2025. Jom kita start journey ni sama-sama!

Contents

Persiapan Sebelum Buka Kedai di Shopee

Sebelum korang mula buka kedai kat Shopee, ada beberapa perkara penting yang korang kena prepare dulu. Ni dia checklist supaya korang ready nak mula:

  1. Kenal pasti produk yang nak dijual

    • Pilih produk yang ada permintaan tinggi. Contohnya, barangan rumah, fesyen, atau gadget. Buat research sikit supaya korang tahu produk tu boleh laku keras.

  2. Sediakan stok dan packaging

    • Pastikan stok mencukupi untuk permulaan. Jangan lupa packaging yang cantik dan selamat untuk pastikan barang sampai kat customer dalam keadaan terbaik.

  3. Setup akaun bank

    • Korang kena ada akaun bank yang aktif sebab payment dari Shopee akan terus masuk situ. Double check details akaun supaya tak ada masalah nanti.

  4. Ambil gambar produk yang berkualiti

    • Gambar yang clear dan menarik penting gila untuk tarik perhatian pembeli. Kalau boleh, guna lighting yang bagus dan tunjuk produk dari pelbagai angle.

  5. Tentukan strategi harga

    • Survey harga pasaran dan tetapkan harga yang kompetitif. Jangan lupa kira kos penghantaran supaya korang still boleh buat untung.

Langkah 1: Daftar Akaun Shopee

Mula-mula sekali, korang kena ada akaun Shopee. Senang je, ikut langkah ni:

  1. Download app Shopee

    • Pergi ke App Store (iOS) atau Google Play Store (Android) dan download app Shopee secara percuma.

  2. Buka app dan daftar akaun

    • Klik “Sign Up” dan masukkan nombor telefon, email, atau guna akaun Google/Facebook.

    • Verify akaun korang dengan kod OTP yang dihantar.

  3. Lengkapkan profil

    • Masukkan nama pengguna, alamat penghantaran, dan maklumat lain yang diperlukan.

Langkah 2: Buka Kedai Shopee Korang

Lepas dah ada akaun, korang boleh buka kedai Shopee dengan langkah ni:

  1. Pergi ke “Seller Centre”

    • Log masuk ke Shopee dan pergi ke bahagian “Seller Centre”.

    • Klik “Start Selling”.

  2. Isi maklumat kedai

    • Masukkan nama kedai yang catchy dan unik.

    • Pilih logo atau gambar profil yang nampak profesional.

    • Tulis deskripsi kedai yang explain produk atau servis korang.

  3. Link akaun bank

    • Penting untuk korang terima payment daripada customer. Make sure akaun bank yang didaftarkan sah.

Langkah 3: Upload Produk Korang

Now, korang boleh mula upload produk ke kedai Shopee:

  1. Klik “Add Product” di Seller Centre.

  2. Isi details produk macam:

    • Nama produk

    • Deskripsi yang jelas dan menarik (masukkan kelebihan produk)

    • Kategori produk yang sesuai

    • Harga produk

  3. Upload gambar berkualiti tinggi

    • Guna gambar yang clear, menarik, dan tunjuk produk dari pelbagai angle.

  4. Set stok dan pilihan penghantaran

    • Masukkan kuantiti stok dan berat produk. Untuk penghantaran yang senang dan murah, guna EasyParcel!

Tips Naikkan Jualan di Shopee Tahun 2025

  1. Guna Keyword Dalam Produk Listing

    • Contoh: Kalau korang jual pakaian, guna keywords macam “Baju Kurung Moden” atau “Tudung Instant” dalam tajuk dan deskripsi.

  2. Promosi dan Baucar

    • Join kempen Shopee macam “Shopee 9.9” atau “12.12”.

    • Bagi baucar diskaun untuk tarik customer baru.

  3. Shopee Ads

    • Guna iklan Shopee supaya produk korang muncul kat search teratas.

  4. Layanan Pelanggan Terbaik

    • Reply soalan customer cepat-cepat dan bagi info yang lengkap.

  5. Guna EasyParcel untuk Penghantaran

    • Enjoy penghantaran murah dan mudah dengan EasyParcel. Customer confirm suka penghantaran cepat dan kos rendah!

Dengan panduan ni, korang dah ready untuk start bisnes kat Shopee. Jangan lupa guna EasyParcel untuk pastikan penghantaran lancar dan cepat. Good luck & semoga jualan korang meletup tahun 2025!

FAQ (Soalan Lazim)

1. Berapa modal nak buka kedai kat Shopee?
Takde kos untuk buka kedai kat Shopee. Korang cuma kena bayar caj komisen bila produk terjual.

2. Macam mana nak mula jual barang kat Shopee?
Daftar akaun, buka kedai, dan upload produk korang macam yang diterangkan kat atas. Jangan lupa buat promosi untuk tarik pembeli.

3. Apa produk paling laris kat Shopee?
Produk macam pakaian, barang elektronik, kosmetik, dan barang dapur biasanya laku keras.

4. Sesuai ke Shopee untuk bisnes kecil?
Memang sesuai sangat sebab tak perlu modal besar dan senang nak manage.

Haven’t Join EasyParcel?

Shipping newbie? No worries! EasyParcel welcomes you with a sweet FREE RM10 for your first shipment. And that’s just the beginning! Sign up today and join the fun!

×
10.10 Super Rewards Fiesta