Sebagai seorang penulis, pasti anda akan mendengar suara kecil yang bercakap semasa anda mula menulis kan? Tak kisah sama ada anda menulis ucapan, report, ataupun emel. Selalunya anda akan dengar suara sendiri, tapi kadang-kadang anada akan teringat suara cikgu atau pensyarah anda yang sentiasa mengingatkan anda untuk menulis dengan menggunakan ayat yang aktif. Gunakan perkataan yang tepat dan ringkas. Jangan hanya bagitahu, tapi terangkan.
Di sini saya ingin berkongsi strategi untuk mengarang komunikasi yang terbaik yang memfokuskan rangkaian ganjaran. Ini adalah 5 tekniknya:
Jadikan Ia Ringkas
Kebanyakkan orang mungkin akan mengatakan bahawa mereka suka sesuatu yang kompleks, tetapi anda perasan tak, yang kita akan puji hasil bukannya proses? Jadi mula gunakan perkataan yang mudah, ayat yang ringkas, dan cipta konsep yang mudah dari kompleks.
Anda boleh mula dengan kurangkan kata sifat dan kata penerangan. Kurangkan ayat yang penambahan. Jadikan penulisan anda senang untuk difahami dan dibaca.
Jadikan Ia Spesifik
Tahukah anda, apabila anda menulis dengan spesifik, pembaca akan dapat bayangkannya. Sebab itulah anda lihat novel yang sangat laku mempunyai penulisan yang jelas dan spesik. Ini juga salah satu sebab anda boleh cuba menulis dengan cara bercerita.
Bermain dengan emosi
Anda mungkin rasa bahawa menulis fakta lebih baik dari menulis menggunakan emosi, tetapi tahukah anda bahawa otak kita memproses emosi lebih cepat dari fakta. Setiap emosi juga diprogramkan dengan reaksi dan motivasi refleksif seperti – ketakutan- contohnya : ketakutan untuk memakai baju lama tetapi tak muat kerana berat badan sudah naik.
Paling penting adalah bagaimana anda menangkap emosi pembaca anda. Semakin banyak anda bermain emosi, semakin lama anda menangkap hati pembaca anda.
Menulis dengan bercerita
Secara evolusi, cerita dipercayai berfungsi sebagai cara utama untuk berkongsi pelajaran. kita sentiasa bertanya, “Apa yang dia akan lakukan selanjutnya?” dan “apa yang berlaku?” Jadi bermain dengan perasaan ingin tahu pembaca anda dengan kisah atau jalan cerita tersebut.
Sebenarnya pembaca tidak mendengar apa yang anda katakan kerana mereka menyukai gaya anda tetapi mereka mendengar kerana mereka suka bagaimana anda memberi ganjaran kepada mereka. Prinsip itu mengikat semua peraturan komunikasi yang hebat.
Jadi, jika anda mempunyai kesukaran dalam memilih perkataan yang betul, jangan hanya ingta apa yang cikgu/ penyarah anda nasihatkan tetapi tanya pada diri sendiri, anda suka penulisan seperti mana.
Singapore
Thailand
Indonesia
