Kenapa Anda Harus Mula Menulis Menggunakan Formula AIDA?

Kenapa Anda Harus Mula Menulis Menggunakan Formula AIDA?

Jika anda belum pernah mendengar tentang kaedah AIDA, ia bermaksud:

A: Attention (Perhatian)
I: Interest (Minat)
D: Desire (Keinginan)
A: Action (Tindakan)

Tahukah anda, kaedah AIDA ini telah lama digunakan dalam bidang periklanan dan pemasaran.

Kaedah ini sering digunakan untuk menerangkan bagaimana iklan dan komunikasi dalam pemasaran berlaku dan bagaimana pengguna membezakan jenama dan keputusan untuk membeli.

Kaedah AIDA juga digunakan untuk menukar pengguna dari peringkat kesedaran ke peringkat tindakan. Dimana akan membawa pengguna untuk bertanya dan berbual dengan anda.

Apakah Formula AIDA?

Jika anda baru dalam bidang penulisan, atau anda penulis yang baru nak mula menulis di atas kertas kosong, formula AIDA adalah “formula turun terumun” yang dapat menghasilkan penulisan yang baik.

Anda boleh gunakan AIDA ni di semua platform digital seperti halaman web, emel, pemasaran berbayar, radio dan periklanan TV.

Jom saya terangkan kaedah AIDA kepada anda.

Attention (Perhatian)

Ini adalah peringkat formula di mana anda mengetahui minat dan masalah penonton anda, dan hanya dapat dilakukan dengan usaha dan personaliti pembeli.

Dengan ilmu ini ditangan, anda boleh menerapkan kandungan yang fokus kepada masalah, minat, dan mesej pemasaran yang anda ingin sampaikan.

Kerana ini dalah peringkat awal AIDA, dan pemasaran anda sepatutnya telah tersedia untuk mana-mana pihak yang berminat. Anda boleh lakukan ini dengan Google SEO secara organik, media sosial dan laman web anda.

Jika anda boleh mencipta dan mengarang kandungan yang dapat menarik perhatian dan respon dari penonton anda, secara tak langsung anda dapat menhasut dan berbisik rasa ingin tahu kepada mereka yang membuatkan mereka mencari dan ingin mengetahui apa yang jenama anda lakukan.

Interest (Minat)

Menarik perhatian itu wajib, tetapi bagaimana nak membuatkan mereka terus memberi perhatian kepada penulisan anda?

Untuk periklanan atau pemasaran kandungan anda berjaya menarik perhatian yang lama, anda harus memberi mereka alasan atau sebab. 

Anda boleh lakukan ini dengan menerangkan kepada penonton tentang masalah yang dihadapi memberi kesan yang negatif kepada kehidupan mereka. Anda bolhe lakukan dini dengan menggunakan kaedah bercerita atau kaedah dimana membuatkan seseorang itu rasa tekanan dari isu yang dihadapi dan membuatkan mereka mencari jalan keluar.

Kunci bagi peringkat Interest (minat) di dalam formula AIDA adalah untuk membuat masalah mereka mejadi masalah kita sendiri  jadi mereka akan memberi perhatian apabila kita bercakap tentangnya.

Desire (Keinginan)

The Desire stage is where you show your prospects exactly how your offerings can solve their problems.

Peringkat Desire (keinginan) adalah di mana anda tawarkan kepada penonton anda penyelesaian kepada masalah mereka.

bahagian ini dimana anda harus menerangkan ciri-ciri produk atau servis anda dan apa sahaja yang berkaitan dengan kelebihan atau keistimewaan. Anda patut menggambarkan bagaimana kelebihan anda dapat memenuhi keperluan prospek anda.

Selalunya teknik yang digunakan untuk Desire (keinginan) termasuklah gambar sebelum dan selepas, dimana yang selalu digunakan oleh porduk kurus, pakar ortodontik, atau bagi sesiapa yang sedang mencari perubahan yang positif dalam kehidupan mereka.

Penonton anda akan nampak bagaimana anda menawarkan solusi untuk membuat hidup mereka menjadi lebih baik, sama ada dari segi kewangan, kesihatan, romantik atau keperluan yang lain.

Jika anda buat dengan betul, prospek anda yang sedang berada dalam peringkat Desire (keinginan) akan bersedia untuk membuat pembelian.

Action (Tindakan)

Selepas anda berjaya mencipta Desire (keinginan), langkah seterusnya adalah untuk memujuk prospek anda unntuk membuat tindakan dengan segera.

Jika anda menjual secara solo, inilah peringkat dimana anda membuat “move close sale”.  Anda boleh mencipta iklan atau posting dimana prospek anda merasa mereka harus membuat tindakan segera. Contohnya seperti tawaran masa terhad, kempen raya, diskaun hari lahir boss dan lain-lain , dimana mereka akan rasa rugi jika tak grab promosi tersebut.

Jika anda nak prospek anda menbuat tindakan pada peringkat AIDA ini, anda harus memudahkan mereka. Bagaimana? haa..dengan menyediakan link direct whatsapp, mini laman web, laman web dan lain-lain, bagitahu harga produk dimana mereka mudah untuk membeli( ini dipanggil CTA- call to action) Dimana anda memanggil mereka untuk membuat tindakan.  Jangan tunggu mereka komen PM/DM atau bertanyakan harga kepada anda.

Jadi selepas ini, anda boleh cuba untuk menggunakan formula AIDA untuk mengarang dan lihat perubahan penulisan anda.

Haven’t Join EasyParcel?

Shipping newbie? No worries! EasyParcel welcomes you with a sweet FREE RM10 for your first shipment. And that’s just the beginning! Sign up today and join the fun!

×
10.10 Super Rewards Fiesta