Fuh, dah 2026 rupanya! Hantar barang sekarang memang lagi senang, lagi laju, dan of course, lagi berbaloi. Nak kirim hadiah, order e-commerce, dokumen penting…semua di hujung jari je.
Tapi, dengan lambakan courier service ni, kadang-kadang pening juga nak pilih kan?
Jangan risau, min ada! Dalam blog ni, min akan guide anda step-by-step cara hantar parcel di tahun 2025 ni dengan mudah. Kita akan cover trend shipping terkini, cara pilih courier terbaik, dan semua yang anda perlu tahu untuk pastikan parcel anda sampai dengan smooth.
Ready nak jadi pro penghantaran? Jom kita start.
1. Elakkan Barang Terlarang
Ini sangat penting! Adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa jenis barang yang tidak dibenarkan untuk dihantar, tanpa mengira sama ada anda menggunakan kurier penghantaran segera, domestik, atau antarabangsa? Terdapat pelbagai sebab mengapa barang-barang ini dilarang, termasuklah faktor keselamatan, mudah meletup, berbahaya, dan sebagainya.
Jadi, sebelum anda tergesa-gesa membungkus barang anda, pastikan barang tersebut dibenarkan untuk dihantar melalui kurier, ya? Jangan ambil risiko.
Setiap kurier mempunyai senarai barang terlarang mereka tersendiri, untuk lebih terperinci, boleh rujuk page bahan terlarang.
2. Pilih Bungkusan & Pembungkusan
Setelah dipastikan barang anda boleh dihantar, tiba masanya untuk menyediakan bungkusan anda! Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Pembungkusan yang Baik: Gunakan bungkusan yang kukuh untuk melindungi barang anda sepanjang proses penghantaran. Untuk barang-barang yang mudah pecah, jangan lupa tambahkan bubble wrap atau bahan pelapik yang lain!
- Timbang & Ukur: Dapatkan penimbang dan ukur dimensi bungkusan anda. Ini penting untuk memastikan anda tidak terlebih bayar untuk penghantaran dan mengelakkan sebarang kejutan di saat akhir.
3. Bandingkan Pilihan Penghantaran
Dengan EasyParcel, anda boleh membandingkan kadar penghantaran daripada kurier-kurier terkemuka seperti Pos Laju, J&T Express, Ninja Van, dan Flash Express, semuanya di satu platform! Jadi, bagaimana cara memilih yang terbaik?
- Harga: Pilih kurier yang berpatutan dengan bajet dan saiz bungkusan anda.
- Kelajuan Penghantaran: Perlukan barang anda sampai dengan cepat? Pilih penghantaran On-Demand. Jika masa tidak menjadi faktor utama, penghantaran standard mungkin pilihan yang lebih ekonomikal.
- Jenis Perkhidmatan: Sesetengah kurier menawarkan penghantaran pada hari yang sama, sementara yang lain lebih sesuai untuk penghantaran antarabangsa. Pilih perkhidmatan yang paling sesuai dengan keperluan anda.
4. Tempah Penghantaran
Setelah anda memilih kurier yang sesuai, langkah seterusnya adalah menempah penghantaran anda! Dengan EasyParcel, menempah penghantaran sangat mudah!
Cuma log masuk ke platform EasyParcel, masukkan butiran bungkusan anda (saiz, berat, destinasi), dan biarkan sistem kami mencadangkan pilihan kurier terbaik untuk penghantaran anda. Pilih pilihan penghantaran yang anda inginkan dan sahkan pesanan anda!
5. Lekat Air Waybill (AWB) pada Bungkusan
Selepas tempahan dibuat, AWB akan dijana secara automatik untuk anda. Anda hanya perlu memilih saiz pelekat dan cetak untuk dilekatkan pada bungkusan anda. Tips untuk melekatkan AWB dengan betul:
- Cetakan Berkualiti: Bungkusan anda mungkin melalui perjalanan yang mencabar, dengan beribu-ribu bungkusan lain, dalam pelbagai keadaan cuaca. Oleh itu, gunakan kertas AWB yang berkualiti supaya maklumat tidak hilang. Gunakan pencetak Lite Thermal untuk memastikan cetakan tidak mudah pudar.
- Tampal dengan Jelas: Pastikan alamat penerima dan alamat penghantar kelihatan jelas. Alamat yang salah adalah salah satu punca utama kelewatan penghantaran.
6. Tunggu Pick Up atau Hantar Sendiri
Apabila menempah penghantaran melalui EasyParcel, anda mempunyai dua pilihan. Pilih kurier untuk datang mengambil bungkusan anda, yang mana anda juga boleh jadualkan, atau pergi ke pusat kurier terdekat untuk menghantar bungkusan anda.
Jadi, jika anda memilih pilihan pick up, anda boleh berehat sambil menunggu. Memang sangat mudah!
7. Jejak Bungkusan Anda
Anda boleh menjejaki keberadaan bungkusan anda melalui EasyTrack. Untuk penghantaran On-Demand, ianya lebih baik! Anda boleh mendapatkan kemas kini secara langsung mengenai perjalanan bungkusan anda dalam masa nyata.
Ini pasti memberikan anda ketenangan fikiran, bukan? Tambahan pula, beberapa rakan kurier EasyParcel juga menyediakan Proof of Delivery (POD). Sangat memudahkan bagi anda yang perlu membuat laporan, dokumentasi, atau sekadar menyimpan rekod penghantaran.
FAQ tentang Macam Mana Nak Pos Barang
1. Macam mana cara paling mudah nak pos barang?
Cara paling mudah untuk pos barang adalah dengan menggunakan platform penghantaran seperti EasyParcel, di mana anda hanya perlu masukkan maklumat penghantar dan penerima, pilih kurier, buat bayaran secara online, dan kemudian pilih sama ada drop off parcel atau minta pickup dari rumah tanpa perlu beratur di kaunter.
2. Apa yang perlu disediakan sebelum pos barang?
Sebelum pos barang, anda perlu memastikan parcel dibungkus dengan kemas, maklumat alamat ditulis dengan lengkap dan tepat, serta berat dan saiz parcel diukur dengan betul bagi mengelakkan sebarang caj tambahan atau masalah semasa penghantaran.
3. Berapa harga untuk pos barang di Malaysia?
Harga untuk pos barang di Malaysia bergantung kepada berat, saiz, jarak penghantaran, dan jenis servis yang dipilih, namun anda boleh menggunakan platform seperti EasyParcel untuk membandingkan harga daripada pelbagai kurier dan mendapatkan pilihan penghantaran yang lebih jimat.
4. Berapa lama masa penghantaran barang sampai?
Masa penghantaran barang biasanya mengambil masa sekitar 1 hingga 3 hari bekerja untuk penghantaran dalam Malaysia, tetapi tempoh sebenar boleh berbeza bergantung kepada lokasi penghantaran, jenis servis, dan prestasi kurier yang dipilih.
5. Boleh ke pos barang tanpa pergi ke pejabat pos?
Ya, anda boleh pos barang tanpa perlu pergi ke pejabat pos dengan memilih servis pickup, di mana kurier akan datang mengambil parcel terus dari rumah atau pejabat anda, menjadikan proses penghantaran lebih mudah dan menjimatkan masa.
Singapore
Thailand
Indonesia




