Harga Postage J&T 2026 (Update Januari 2026)

Harga Postage J&T 2026 (Update Januari 2026)

Harga Postage JT 2025

Hai! 👋 Tengah cari info pasal harga postage J&T untuk tahun 2026 ke? Haa, memang kat sini lah tempatnya! ✨

Siapa je tak suka penghantaran yang laju, murah, dan boleh dipercayai, kan? J&T Express ni memang popular kat Malaysia sebab diorang sentiasa cuba bagi servis penghantaran yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Jadi, dalam sharing kali ni, kita akan tengok betul-betul harga penghantaran J&T untuk tahun 2026. Tambah lagi, saya akan bagi tahu satu rahsia: macam mana guna J&T melalui EasyParcel ni boleh jimatkan duit korang! 😉

Apa tu J&T Express?

J&T Express -Best Courier To Send Parcel Within Malaysia 2024

Okay, sebelum kita cerita pasal harga tu, meh sini saya cerita sikit pasal J&T Express ni. J&T Express ni memang famous giler kat Malaysia. Diorang ni dikenali sebab penghantaran diorang yang laju dan boleh diharap, sebab tu ramai peniaga dan orang perseorangan suka guna servis diorang untuk hantar barang.

Dengan J&T ni, macam-macam barang korang boleh hantar, dari bungkusan kecik sampai yang besar gabak pun boleh! Diorang siap bagi servis penghantaran terus ke depan pintu rumah, memang senanglah hidup korang dengan orang yang korang nak hantar barang tu.

Berapa Harga Postage J&T 2026 per kg?

Okay, jom kita tengok pulak berapa harga postage J&T untuk tahun 2026 ni, ikut berat per kilo. Harga-harga ni adalah harga yang boleh korang nikmati kalau guna J&T Express melalui EasyParcel. Korang boleh tengok cara pos barang guna J&T untuk lebih mudahkan persiapan korang.

1. Harga Penghantaran Dalam Semenanjung Malaysia🚚​

Harga postage Jnt 2025 dari semenanjung ke semenanjung bermula dari RM5 di EasyParcel

Kalau korang nak hantar barang dalam Semenanjung Malaysia ni, J&T Express memang pilihan yang mantap sebab laju dan tak mahal sangat. Ni saya bagi contoh harga penghantaran J&T untuk bungkusan dalam Semenanjung, ikut berat:

😊​ Saje nak bagitau: Siap FREE pickup

Berat Parcel

Harga (Penghantaran dalam Semenanjung)

0.1kg-3kgDari RM5.42
4kgDari RM7.35
5kgDari RM8.58
6kgDari RM9.80
7kgDari RM11.03
8kgDari RM12.26
9kgDari RM13.48
10kgDari RM14.71

Nak hantar lebih dari 10kg dalam Semenanjung? Boleh quote sini untuk dapat harga yang cun dengan berat barang korang. Quote free je and dalam 1 min dah dapat jawapan – pantas!

2. Harga Penghantaran ke Sabah & Sarawak✈️

Harga postage Jnt 2025 dari semenanjung ke sabah sarawak bermula dari RM5 di EasyParcel

Hantar barang ke Sabah dengan Sarawak ni, logistik dia lain sikit. So, ni adalah harga yang korang boleh nikmati bila guna EasyParcel–still murah walaupun ke Sabah atau Sarawak.

😊​ Saje nak bagitau: Siap FREE pickup

Berat Parcel

Harga (Semenanjung ke Sabah/Sarawak)

0.1kg-1kgDari RM13.60
2kgDari RM24.90
3kgDari RM36.00
4kgDari RM47.40
5kgDari RM58.50
6kgDari RM66.90
7kgDari RM81.00
8kgDari RM92.40
9kgDari RM103.50
10kgDari RM114.90

Nak hantar lebih dari 10kg ke Sabah dan Sarawak? Boleh quote sini untuk dapat harga yang cun dengan berat barang korang. Quote free je and dalam 1 min dah dapat jawapan – pantas!

Nak Tau Harga Postage J&T per kg Lebih Specific Lagi?

(Contohnya dari tempat korang sendiri ke satu-satu destinasi?)

Guna je quote kami ni. Instant sebut harga!

Just masukkan poskod korang, poskod penerima, berat barang dan tekan “Quote & Book“. Settle dapat jawapan harga postage J&T dan macam-macam lagi top kurier yang ada.

Dapatkan Sebut Harga Instant

Apa Cara Terbaik Nak Jimat Kos Penghantaran J&T 2026?

Haa, bab jimat ni memang semua orang suka kan? Ni saya kongsikan beberapa cara korang boleh save duit kalau nak hantar dengan J&T Express:

1. Guna EasyParcel untuk Dapat Harga Eksklusif

Kat EasyParcel ni, korang boleh banding harga penghantaran dari J&T Express dan syarikat penghantaran lain macam PosLaju, Flash Express, dan Ninja Van. Jadi, korang boleh pilih harga yang paling ngam dengan bajet dan berat penghantaran korang. Bijak kan? 😉

2. Manfaatkan Promosi & Tawaran Diskaun

Memandangkan J&T Express ni courier partner (rakan kurier) EasyParcel, selalu je kami buat diskaun best-best kat pelanggan kami. Kadang tu promosi tak jangka2. Tengah bulan ada, awal bulan ada, hujung minggu pun jadi. Ha kalau tak nak terlepas promosi, daftar la akaun, percuma je. Nak follow kat media sosial pun okay, kalau tak nak ketinggalan tawaran eksklusif. Untung-untung boleh dapat harga lagi murah!

3. Guna Cawangan Drop Off

J&T Express ni pun ada banyak tempat drop off tau. Korang boleh terus hantar bungkusan korang kat sana tanpa perlu tunggu abang kurier datang ambil. Cara ni pun boleh bantu kurangkan kos penghantaran berbanding kalau diorang datang ambil kat rumah korang. Jimat masa, jimat duit!

Nak drop off barang kat cawangan J&T terdekat? Boleh tengok lokasi drop-off points kat bawah ni:

Apa yang Pengaruh Harga Pos J&T?

Haa, mesti korang tertanya-tanya kan, apa benda yang buat harga postage J&T ni lain-lain? Meh sini saya explain sikit faktor-faktor yang mempengaruhi harga penghantaran J&T pada tahun 2026 ni:

1. Berat Bungkusan

Lagi berat bungkusan korang, lagi tinggi lah sikit kos penghantaran dia. Jadi, pandai-pandailah korang packing barang tu elok-elok supaya takde berat yang tak perlu. Jimat sikit kat situ! 😉

2. Lokasi Penghantaran

Tempat nak hantar barang tu pun main peranan besar dalam menentukan harga. Kalau nak hantar ke kawasan yang jauh sikit macam kat luar bandar atau kat pulau-pulau, biasanya harga dia akan lebih mahal berbanding hantar dalam bandar besar. Faham-faham jelah kos logistik kan?

3. Jenis Servis

J&T Express ni ada macam-macam jenis servis penghantaran, ada yang biasa, ada yang ekspres. Kalau korang pilih yang ekspres tu memang lah laju sampai, tapi harga dia pun biasanya lebih mahal sikit. Tapi kalau memang urgent nak cepat sampai, mungkin berbaloi lah kan?

Jom Pos Barang Dengan J&T Guna Cara Jimat dan Bijak

Memang berbaloi lah pilih J&T Express kalau nak penghantaran yang laju, selamat, dan boleh diharap ke seluruh Malaysia—dan jangan lupa tempah J&T Express melalui EasyParcel untuk dapatkan harga yang lagi best dan macam-macam tawaran menarik.

Kenapa Pilih EasyParcel Untuk Guna J&T?

Antara sebab ramai pengguna—terutamanya peniaga online—pilih EasyParcel:

  • 1. Harga J&T Lebih Murah di EasyParcel 

    Salah satu main reason pengguna pilih EasyParcel dah tentunya harga postage J&T yang lebih jimat, lebih berbaloi. Dengan kadar yang telah dirunding, korang berpeluang menikmati harga lebih rendah berbanding booking atau walk-in secara terus—especially untuk penghantaran yang kerap atau berskala besar. Start dari RM5.42 je (untuk barang 0.1kg - 3kg) dan semua barang korang dilindungi insurans asas dari J&T, dan siap ada extra protection dari EasyParcel!

  • 2. Senang Integrasi dengan Pelbagai Platform eCommerce

    Untuk peniaga online, korang boleh link kan atau integrate EasyParcel dengan pelbagai platform ecommerce yang korang guna seperti Shopify, WooCommerce dan lain-lain. So senanglah proses penghantaran nanti sebab maklumat order korang akan diselaraskan secara automatik. Maknanya,tak perlu key-in data secara manual setiap kali.

  • 3. Fleksibel Tukar Courier Bila-Bila Masa (Tanpa Perlu Tukar Platform)

    Walaupun korang suka atau fav J&T, katakanlah ada situasi di mana courier lain mungkin lebih sesuai dari segi harga, lokasi atau jenis penghantaran, so instead of korang walk-in kaunter courier lain, susah2 buka akaun baru, guna je EasyParcel. Korang boleh terus tukar pilihan courier dalam platform yang sama tanpa perlu buka banyak akaun.

  • 4. Semua Rekod Penghantaran dalam Satu Paparan

    Semua tempahan—sama ada J&T atau courier lain—akan direkodkan dan dipaparkan dalam satu dashboard sahaja. So, mudah la korang nak track status penghantaran, semak kos, dan rujuk rekod lama tanpa perlu log masuk ke banyak laman berbeza.

Dah, jangan tunggu-tunggu lagi! Hantar je barang korang hari ni dan nikmati penghantaran dengan J&T Express melalui EasyParcel yang lebih hebat.

How to compare courier service? Use the Quote & Book page to find the best rate

Jom buka akaun percuma dan dapat RM10 kupon untuk penjimatan lebih bila korang tempah penghantaran.

FAQ Soalan Lazim Tetang J&T Express

Berapakah harga postage J&T 2026?

Bergantung kepada saiz dan berat barang korang, harga post J&T bermula dari RM6, tapi dengan EasyParcel, harga boleh bermula dari RM5.42 (0.1kg - 3kg).

Apa yang pengaruh harga pos J&T?

Beberapa faktor termasuklah berat dan saiz pakej korang, jarak lokasi ambil ke destinasi dan jenis perkhidmatan untuk penghantaran barang tersebut..

Adakah J&T mempunyai cawangan drop-off?

Ya. J&T ada begitu banyak cawangan untuk drop-off yang memudahkan korang leta barang korang untuk pihak J&T hantar, jadi korang tak perlu tunggu diorang datang ambil, mudah kan!

Macam mana cara nak pos barang J&T di EasyParcel?

Mudah je. Daftar di EasyParcel, masukkan poskod anda dan penerima, masukkan berat barang then tekan Quote & Book. Pastu, pilih je J&T express sebagai courier anda. Ha kan mudah gitu. Kalau nak lebih detail baca cara nak pos barang J&T sini.

Share Your Ideas With Us!

We’re always looking to improve, and your feedback is key to making that happen.
Have a feature in mind that could enhance your experience with EasyParcel? Let us know!

Haven’t Join EasyParcel?

Shipping newbie? No worries! EasyParcel welcomes you with a sweet FREE RM10 for your first shipment. And that’s just the beginning! Sign up today and join the fun!

×
10.10 Super Rewards Fiesta