Hai! 👋 Tengah cari info pasal harga postage J&T untuk tahun 2026 ke? Haa, memang kat sini lah tempatnya! ✨
Siapa je tak suka penghantaran yang laju, murah, dan boleh dipercayai, kan? J&T Express ni memang popular kat Malaysia sebab diorang sentiasa cuba bagi servis penghantaran yang terbaik dengan harga yang berpatutan.
Jadi, dalam sharing kali ni, kita akan tengok betul-betul harga penghantaran J&T untuk tahun 2026. Tambah lagi, saya akan bagi tahu satu rahsia: macam mana guna J&T melalui EasyParcel ni boleh jimatkan duit korang! 😉
Apa tu J&T Express?
Okay, sebelum kita cerita pasal harga tu, meh sini saya cerita sikit pasal J&T Express ni. J&T Express ni memang famous giler kat Malaysia. Diorang ni dikenali sebab penghantaran diorang yang laju dan boleh diharap, sebab tu ramai peniaga dan orang perseorangan suka guna servis diorang untuk hantar barang.
Dengan J&T ni, macam-macam barang korang boleh hantar, dari bungkusan kecik sampai yang besar gabak pun boleh! Diorang siap bagi servis penghantaran terus ke depan pintu rumah, memang senanglah hidup korang dengan orang yang korang nak hantar barang tu.
Berapa Harga Postage J&T 2026 per kg?
Okay, jom kita tengok pulak berapa harga postage J&T untuk tahun 2026 ni, ikut berat sekilo. Harga-harga ni adalah harga yang boleh korang nikmati kalau guna J&T Express melalui EasyParcel. Korang boleh tengok cara pos barang guna J&T untuk lebih mudahkan persiapan korang.
1. Harga Penghantaran Dalam Semenanjung Malaysia🚚
Kalau korang nak hantar barang dalam Semenanjung Malaysia ni, J&T Express memang pilihan yang mantap sebab laju dan tak mahal sangat. Ni saya bagi contoh harga penghantaran J&T untuk bungkusan dalam Semenanjung, ikut berat:
💼 Siap FREE pickup
Berat Parcel | Harga (Penghantaran dalam Semenanjung) |
| 0.1kg-3kg | Dari RM5.42 |
| 4kg | Dari RM7.35 |
| 5kg | Dari RM8.58 |
| 6kg | Dari RM9.80 |
| 7kg | Dari RM11.03 |
| 8kg | Dari RM12.26 |
| 9kg | Dari RM13.48 |
| 10kg | Dari RM14.71 |
2. Harga Penghantaran ke Sabah & Sarawak✈️
Hantar barang ke Sabah dengan Sarawak ni, logistik dia lain sikit. So, ni adalah harga yang korang boleh nikmati bila guna EasyParcel–still murah walaupun ke Sabah atau Sarawak.
💼 Siap FREE pickup
| Berat Parcel | Harga (Semenanjung ke Sabah/Sarawak) |
| 0.1kg-1kg | Dari RM13.60 |
| 2kg | Dari RM24.90 |
| 3kg | Dari RM36.00 |
| 4kg | Dari RM47.40 |
| 5kg | Dari RM58.50 |
| 6kg | Dari RM66.90 |
| 7kg | Dari RM81.00 |
| 8kg | Dari RM92.40 |
| 9kg | Dari RM103.50 |
| 10kg | Dari RM114.90 |
Nak Tau Harga Postage J&T per kg Lebih Specific Lagi?
(Especially dari tempat korang sendiri ke satu-satu destinasi?)
Guna je quote kami ni. Instant sebut harga!
Just masukkan poskod korang, poskod penerima, berat barang dan tekan “Quote & Book“. Settle dapat jawapan harga postage J&T dan macam-macam lagi top kurier yang ada.
Dapatkan Sebut Harga Instant
Send More Parcels at Once
Save time, save cost with less click!
Integrations
Sync all your store orders and experience seamless booking experience in one click
Explore NowApa Cara Terbaik Nak Jimat Kos Penghantaran J&T 2026?
Haa, bab jimat ni memang semua orang suka kan? Betul sangat! Ni saya kongsikan beberapa cara korang boleh save duit bila guna J&T Express:
1. Guna EasyParcel untuk Bandingkan Harga
Kat EasyParcel ni, korang boleh banding harga penghantaran dari J&T Express dan syarikat penghantaran lain macam PosLaju, Flash Express, dan Ninja Van. Jadi, korang boleh pilih harga yang paling ngam dengan bajet dan berat penghantaran korang. Bijak kan? 😉
2. Manfaatkan Promosi & Tawaran Diskaun
J&T Express ni selalu tau bagi diskaun best-best kat pelanggan diorang. Jadi, jangan sampai terlepas promosi diorang untuk tahun 2026 ni! Korang boleh la daftar newsletter diorang ke, atau follow diorang kat media sosial ke, supaya tak ketinggalan tawaran eksklusif. Untung-untung boleh dapat harga lagi murah!
3. Guna Cawangan Drop Off
J&T Express ni pun ada banyak tempat drop off tau. Korang boleh terus hantar bungkusan korang kat sana tanpa perlu tunggu abang kurier datang ambil. Cara ni pun boleh bantu kurangkan kos penghantaran berbanding kalau diorang datang ambil kat rumah korang. Jimat masa, jimat duit!
Nak drop off barang kat cawangan J&T terdekat? Boleh tengok drop-off points kat bawah ni:
Apa yang Pengaruh Harga Pos J&T?
Haa, mesti korang tertanya-tanya kan, apa benda yang buat harga postage J&T ni lain-lain? Meh sini saya explain sikit faktor-faktor yang mempengaruhi harga penghantaran J&T pada tahun 2026 ni:
1. Berat Bungkusan
Lagi berat bungkusan korang, lagi tinggi lah sikit kos penghantaran dia. Jadi, pandai-pandailah korang packing barang tu elok-elok supaya takde berat yang tak perlu. Jimat sikit kat situ! 😉
2. Lokasi Penghantaran
Tempat nak hantar barang tu pun main peranan besar dalam menentukan harga. Kalau nak hantar ke kawasan yang jauh sikit macam kat luar bandar atau kat pulau-pulau, biasanya harga dia akan lebih mahal berbanding hantar dalam bandar besar. Faham-faham jelah kos logistik kan?
3. Jenis Servis
J&T Express ni ada macam-macam jenis servis penghantaran, ada yang biasa, ada yang ekspres. Kalau korang pilih yang ekspres tu memang lah laju sampai, tapi harga dia pun biasanya lebih mahal sikit. Tapi kalau memang urgent nak cepat sampai, mungkin berbaloi lah kan?
Jom Pos Barang Dengan J&T Guna Cara Jimat dan Bijak
Memang berbaloi lah pilih J&T Express kalau nak penghantaran yang laju, selamat, dan boleh diharap ke seluruh Malaysia—dan jangan lupa tempah J&T Express melalui EasyParcel untuk dapatkan harga yang lagi best dan macam-macam tawaran menarik.
Kenapa Pilih EasyParcel Untuk Book J&T?
Walaupun J&T mempunyai laman web sendiri, ramai pengguna—terutamanya peniaga online—memilih EasyParcel kerana ia menawarkan lebih penjimatan, kemudahan pengurusan, dan fleksibiliti jangka panjang.
1. Harga J&T Lebih Murah di EasyParcel
Salah satu sebab utama pengguna memilih EasyParcel ialah harga postage J&T yang lebih jimat. Dengan kadar yang telah dirunding, korang berpeluang menikmati harga lebih rendah berbanding booking secara terus—terutamanya untuk penghantaran yang kerap atau berskala besar.
Start dari RM5.42 je (untuk barang 0.1kg – 3kg) dan semua barang korang dilindungi insurans asas dari J&T, dan siap ada extra protection dari EasyParcel!
2. Mudah Integrasi dengan Pelbagai Platform eCommerce
Untuk peniaga online, EasyParcel boleh diintegrasikan dengan pelbagai platform ecommerce seperti Shopify, WooCommerce dan lain-lain. Ini memudahkan proses penghantaran kerana maklumat order boleh diselaraskan secara automatik—tak perlu key-in data secara manual setiap kali.
3. Fleksibel Tukar Courier Bila Perlu (Tanpa Perlu Tukar Platform)
Walaupun korang pilih J&T, ada situasi tertentu di mana courier lain mungkin lebih sesuai dari segi harga, lokasi atau jenis penghantaran. Dengan EasyParcel, korang boleh terus tukar pilihan courier dalam platform yang sama tanpa perlu buka banyak akaun.
4. Semua Rekod Penghantaran dalam Satu Paparan
Semua tempahan—sama ada J&T atau courier lain—akan direkodkan dan dipaparkan dalam satu dashboard sahaja. So, mudah la korang nak track status penghantaran, semak kos, dan rujuk rekod lama tanpa perlu log masuk ke banyak laman berbeza.
Dah, jangan tunggu-tunggu lagi! Hantar je barang korang hari ni dan nikmati penghantaran dengan J&T Express melalui EasyParcel.
Jom buka akaun percuma dan dapat RM10 kupon untuk penjimatan lebih bila korang tempah penghantaran.
FAQ Soalan Lazim Tetang J&T Express
Berapakah harga postage J&T 2026?
Bergantung kepada saiz dan berat barang korang, harga post J&T bermula dari RM6, tapi dengan EasyParcel, harga boleh bermula dari RM5.42 (0.1kg - 3kg).
Apa yang pengaruh harga pos J&T?
Beberapa faktor termasuklah berat dan saiz pakej korang, jarak lokasi ambil ke destinasi dan jenis perkhidmatan untuk penghantaran barang tersebut..
Adakah J&T mempunyai cawangan drop-off?
Ya. J&T ada begitu banyak cawangan untuk drop-off yang memudahkan korang leta barang korang untuk pihak J&T hantar, jadi korang tak perlu tunggu diorang datang ambil, mudah kan!
Macam mana cara nak pos barang J&T di EasyParcel?
Mudah je. Daftar di EasyParcel, masukkan poskod anda dan penerima, masukkan berat barang then tekan Quote & Book. Pastu, pilih je J&T express sebagai courier anda. Ha kan mudah gitu. Kalau nak lebih detail bara cara nak pos barang J&T sini.
Baca Juga: Harga Postage Pos Laju 2025
Singapore
Thailand
Indonesia

